Iklan
Thursday, October 29, 2009
Semalam
Apapun aku doakan semoga Alang(abg member aku) kembali pulih dan sehat seperti sediakala, InsyaAllah. Ajal maut semunya ketentuan Illahi.
Thursday, October 22, 2009
Politik Malaysia Kini
Pilihan Raya Bukit Gantang. DS Nizar menang. PR ckp sekali lagi, rakyat dah berubah. Rakyat mahukan pembangunan. Rakyat marah atas kejatuhan Perak ke tangan BN.
Pilihan Raya Bagan Pinang. TS Isa Samad menang. PR ckp, Polis tak adil. Spr memanupulasi undi, Media menyebarkan propaganda, undi POS ditukar.
Oiii Politikus2 dan penganlisis politik PR. Pilihan raya permatang pauh dengan Bukit gantang, SPR adilkah? Polis adilkah, Media2 menyebarkan propaganda unduk calon2 PR kah? undi pos tak dimanupulasikah?
Terima lah hakikat. Rakyat kini, tidak memilih calon berdasarkan PARTI. Kita di era global. Rakyat memilih berdasarkan Calon dan kredibiliti. Rakyat dah cukup muak melihat calon2 yg dipilih berdasarkan PArti. Lihat lah Ibrahim Ali. Menang atas tiket PAS. Tapi menentang PAS. Lihatlah OSman Jailu dan apa nama dari PKR dan DAP, melompat ke BN. Lihatlah zahid bekas menteri, melompat sana sini.
Orang bagan pinang mengundi kepada orang yg mampu membela nasib mereka. Rasuah yg TS Isa samad lakukan tidak memberi kesan selagi mana TS Isa samad berbakti dan mengambil berat di kawasan Bagan Pinang.
Realiti Politik Di Malaysia sudah berubah. Wahai rakan2 dan lawan2. Kini tiba masanya untuk kita mengundi berdasarkan calon. Bukan Parti2 yg bertanding. Kelemahan BN yg menyebabkan tersungkurnya di byk kawasan adalah kerana faktor calon yg tidak mendapat sokongan rakyat. Calon2 yg dipilih sebelum itu(dizaman awal kenaikan Paklah) lebih suka mengangguk dari memberi pendapat.
Adeh. Apa nk jadi ngn Politik kita kini. :D
Tuesday, October 20, 2009
Palestine.......
Ketika Yahudi2 sedang membantaimu,
Aku disini sedang bersuka ria dengan segala kemewahan Dunia.
Ketika ibu bapamu, adik2 mu dan sanak saudaramu dibunuh ,diseksa oleh Yahudi2,
Aku sedang berlibur dengan gembira bersama sanak keluargaku.
Aku lebih suka keluar untuk menghadiri perhimpunan aman dalam menegakkan ideologiku dari berhimpun untuk meratap dan mengutuk tindakan Yahudi kepadamu.
Tak percaya? Lihatlah perhimpuanan Geram. Berduyun2 kaum keluargaku keluar untuk membantah kenaikan minyak,lihatlah perhimpunan Bersih, Lihatlah perhimpunan di depan Bangunan Kerajaan Selangor, Lembu sanggup dibawa ketika berdemonstrasi dan berapa keratkah yg keluar untuk membantah serangan Yahudi ke atasmu. Pemimpin2 Politik samada dari kerajaan mahupun pembangkang lebih rela berjuang dalam menegakkan ideologi masing2 dari menyatukan semua orang mengutuk Yahudi.
Umno sibuk dengan semangat perpaduan Melayunya, dengan 1Malaysianya.
PAS sibuk dengan dasar negara Islamnya. Dengan Kelab Penyokong PAsnya.
Keadilan dengan laungan reformasi mempertahankan Anwar Ibrahim.
Apakah kau kira kami sempat memikirkan masalah2 mu?
Kau siapa untuk ku pedulikan? Pergi jahanam denganmu.Kau tiada kena mengena denganku.
Apakah kau kira, kita satu agama.. Aku sanggup menggadaikan nyawaku dan kemewahan ku untuk mu? Tidak sama sekali. Aku tak sanggup menumpahkan walau setitik peluhpun untukmu.
Imbas kembali bebarapa ketika dahulu, banyak pemimpin2 politik melaungkan semangat untuk membelamu. Beribu2 poster diedarkan untuk memboikot barang2 Yahudi. Tetapi kini, kenapa senyap. Kenapa tiada tindakan. Kenapa pemimpin2 ini tidak menganjurkan perhimpunan Sejuta Rakyat menentang keganasan Palestine? Bukankah Malaysia ini negara Islam. Bukankah terdapat berjuta2 orang Islam di Malaysia. Mana pergi mereka semua ini? Di rumah2 urutkah? Di lorong2 sempit di kala hening harikah? Di pusat2 membeli belahkah? Ataupun di panggung2 wayang yg berselerak di Bumi Malaysia ini?
Wahai rakyat2 Palestine. Biarlah kamu mati untuk menjadi tanda betapa lemahnya Islam itu. Biarlah kamu mati untuk menjadi tanda bisunya orang2 Islam. Sesungguhnya mati kamu mati syahid. Sedangkan mati aku nanti mungkin mati dalam kekufaran. Allahualam.
Friday, October 9, 2009
Perempuan Lebih Ramai Merokok Dari Lelaki ?
Korang boleh pergi ke KLCC sebagai contoh. Kebanyakan remaja lelaki, jarang menghisap rokok jika dibandingkan dengan remaja perempuan( bawah 25 tahun la). Ada satu situasi tu, aku terkejut melihat perempuan bertudung dan berbaju kurung dengan bangganya menyedut dan menghembus asap rokok di kaki lima KLCC. Perghh. Myb masyarakat kini telah berubah. Klau 5 tahun lepas, perokok perempuan kebanyakan terdiri dari perempuan2 yg boleh dikatakan agak " sosial". Tetapi, kini majoriti perempuan (yg aku selalu jumpa kat KL n Shah Alam laa) menghisap rokok. Sampaikan, kadang2 tu aku terpaksa tanya, ko hisap rokok ke tak? Klau hisap aku nak hulur kotak rokok aku.
Adik lelaki aku tidak menghisap rokok. Tetapi kawan perempuan aku yg sebaya dengan adik aku, bangga menghembus asap rokok di kedai mamak.
Tak percaya jugak? Pergi la ke kedai2 mamak, expecially lepas pukul 10 malam. Korang akan dapat lihat kebanyakan perempuan menghisap rokok. Dunia dah nak terbalik gamaknya.
Monday, October 5, 2009
Tidak kisah eksploitasi tubuh
jessabell@kosmo.com.my
"Orang bayar untuk menonton filem jadi kita perlu memberikan lebih banyak ‘kejutan’. Kalau tidak lebih baik mereka menonton TV sahaja. Tapi ini tidak bermaksud kita perlu mengeksploitasi badan kita. Cuma saya eksploitasi sikit aset diri yang dianggap berharga buat saya" – HALIZA
Ulamak2 tersohor di Malaysia. Tak kira la, Dr Asri, Mufti Johor or Mufti Perak. Taknak kuar fatwa ka pasal statement nie? Boleh la plak, nak exploitasi untuk dapatkan duit. Bukankah ini sama seperti melacurkan diri? Adehhh. Kes Jalaluddin Hassan pakai pakaian perempuan, cepat la plak kuar fatwa kata HARAM. Tapi kes Haliza nie mcm mana? Sanggup tunjuk `sedikit` asset semata2 utk mendapatkan duit. Dunia2.
P/s ke Haliza ni pakai fatwa Mashitah. Diharuskan melacur jika terpaksa?