Iklan

Wednesday, April 16, 2008

Daging Babi???

Umat Islam jangan terlalu emosi
SHAH ALAM - Umat Islam di negeri ini
dinasihati agar tidak terlalu emosi,sebaliknya bertolak ansur berhubung
tindakan Kerajaan Negeri Selangormeluluskan projek ternakan babi
berkelompok di Sepang bernilai RM100juta.Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes AbdWahid berkata isu ladang babi tidak perlu diperbesar-besarkan kerana dalam konteks Islam, kita disarankan agarmenjaga kepentingan bangsa lain untuk keharmonian serta kesejahteraan masyarakat setempat.“Sebagai umat Islam yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum, kita seharusnya menjaga hati umat Islam danbukan Islam supaya tidak berlaku sesuatu yang boleh memecahkan perpaduan antara kaum terutamanya perkara yang melibatkan perasaan mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.Kelmarin, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan projek penternakan babi moden bernilai RM100juta di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, KualaLangat memandangkan kawasan tersebut telah menjadi tapak utama ladang babi dinegeri ini.Menurut Tamyes, rakyat perlu mengambil kira matlamat kerajaan negeri dalam melaksanakan projek berkenaan untuk kepentingan bersama terutama bagi bagi memudahkan kawalan dan penyeliaan ternakan itu yang kini berselerak.“Jika matlamat kerajaan negeri adalah untuk keperluan masyarakat bukan Islam,kita tidak seharusnya menyekat hasratitu. Ini merupakan kepentingan bagimereka. Mereka (golongan bukan Islam)mempunyai hak untuk menikmati keperluantersebut. Masing-masing mempunyai hak mereka sendiri,” katanya lagi.Tambah beliau, walaupun perkara ini menjadi sensitif pada sesetengah pihakkerana masing-masing beranggapan cadangan berkenaan akan memberi kesan negatif seperti pencemaran yang berlakusebelum ini kepada mereka namun secarasaintifik ia mendatangkan faedah kepada semua pihak terutama kepada penternak terbabit.“Projek ini boleh dilaksanakan sekiranya diuruskan dalam keadaan bersih seperti yang dibuat di negara Denmark dengan menjadikan kumbahan serta sisa-sisa najis haiwan berkenaan sebagai baja serta tidak melibatkan kawasan berhampiran penduduk terutamanya masyarakat Islam kerana akan menimbulkanperkara yang tidak diingini.“Jika perkara sebegini tidak berlaku,tentu masyarakat setempat termasuk umatIslam dapat menerima pelaksanaan projek ini dengan baik,” ujarnya.Beliau turut menasihati kepimpinan negeri agar melaksanakan segala programdengan dengan adil dan saksama disamping mengambil kira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.“Walaupun isu ini terlalu sensitif dikalangan umat Islam, tidak salah jika kita bertolak ansur dan cuba memahami sesuatu itu dengan rasional," katanya.Kelmarin, Mufti Perlis, Profesor MadyaDr Mohd Asri Zainul Abidin, turu tbersetuju tindakan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek ternakan babi berkelompok kerana bertujuan untukmenyatukan semua ladang ternakan haiwan itu.Memetik laporan dari sebuah akhbarharian, beliau dilaporkan berkata tindakan berkenaan adalah salah jika ia bertujuan untuk menyumbang kepadakepesatan industri ternakan haiwanberkenaan yang jelas salah di sisiagama.“Sebaliknya jika niat mereka (kerajaanSelangor) ingin memelihara alam sekitardengan menyatukan semua ladang ternakan itu di Selangor, maka ia boleh diterima kerana dapat mengelak pencemaranberlaku.“Oleh kerana projek ini hanya untukbekalan domestik, mungkin jumlahnyatidak begitu besar dan boleh dikawal sekiranya ia benar-benar bukan untuk dieksport dan dengan niat menjaga persekitaran,” katanya sebagaimana dilaporkan.

No comments: