Iklan

Wednesday, October 22, 2008

RATU ANJING; YANG MELENGKING ITU

Dicopy and paste dari blog ..............

(Panggak Binasa Terlajak Kata)
I
Ratu anjing itu pun melengking, menyalak galak mengasah taring,
setelah lepas tersepit pengancing, lalu keluar dari akal yang sinting,
munci; Wajah yang sering berpaling dan sanggah yang polang-poling
menunjuk telunjuk berkait kelinking.
Makhluk juga; Takdirnya dia ... anjing
tabiat 'bagai melihat bayang di air yang bening'.

II
Masyarakat anjing itu pun riuh menyambut pulang seorang tokoh
dari paksina kedaksina gamat gemuruh menggoncang tulang-tulang tanpa roh
pameo pusaka dari benua jauh, panggak yang terlanjur angkuh,
alibi 'telur tembelang' di hari ketujuh, telah jatuh ke wajah ratu yang selingkuh
menggadaikan kabilah mudah diperbodoh

III
Suci suatu subuh itu terganggu, salak anjing antara azan yang syahdu
melihat kelibat siluman dan hantu, tawakal muazin menuju nawaitu
tertip titipan taqwa pada yang satu
biarkan ratu anjing itu menyalak waktu, bukit bukau tetap jitu
gunung-ganang tetap padu, manusia perlu berakal dan berilmu

IV
Alam maya bukan mutlak milik kita
dipinjamkan cuma sementara
dipentas ini kesempatan bersama
berjuta makhluk berbagai rupa
ketentuan anjing-anjing juga ada

V
Kok anjing biar menyalak
kok bukit diar berpuncak
kok terasa menyelar bijak
bumi juga tempat berpijak
padah kata bila kata terlajak

Dr Ibrahim Ghaffar, Bukit KaparSelangor. 22 September 2008

Comment on this Poem.

Comment 1:
Anjing juga makhluk Tuhan sepertimu
Atau kamu makhluk Tuhan seperti anjing?
kalau kau bilang anjing itu menyalak pada waktu subuh..

dia juga merayu pada Tuhannya.. juga tuhanmu.!
karena manusia hari ini lebih rakus
daripada anjing!

Comment 2:
Ingatlah kita pada Tuhan
Kerana setiap langkah itu diperhatikanNya
Kata-kata binasa seperti ini
Bukanlah bijak sekiranya dipamerkan
Kerana ia menunjukkan betapa jahilnya
manusia itu
Rasa dendam marah dengki itu biarlah dihapuskan
Sebagai manusia bertaqwa pada Tuhan
Lahirnya kita kurniaanNya
Matinya kita ke pangkuannya

Note: Actuly byk coment2 yg ada. Tapi aku just pilih dua comment ni je utk dipaparkan @ di Highlight kan. Sebab ada something yang special pada coment ni. Hanya untuk orang2 yang berakal untuk menilai bukan menilai berdasarkan hawa nafsu.

Cargas!

No comments: