Ada apa pada kawan?
Ada orang cakap kawan lagi penting dari Bf/Gf.Dengan kawan kita bebas berbual, Dengan kawan kita dapat mengadu masalah hidup,Dikala bersedih dengan Bf/Gf ,teman menjadi pengganti.Dikala kesusahan,teman tempat bergantung.
Ada orang cakap kawan ada bermacam jenis. Ada kawan istimewa,ada kawan yg ketika susah,ada juga kawan yg ketika senang. Kawan yang ketika senang dan susah ini aku tafsirkan sebagai kawan istimewa. Atau bahasa lainnya kawan karib. Ketika senang dan susah bersama.
Ada orang cakap bolehkah lelaki dan perempuan menjadi kawan istimewa?
haha. Ni actuly soklan yg abstrak. Agak menarik untuk dibincang. Bermacam2 pendapat atau pandangan. Tapi bagi aku,sebenarnya istilah kawan istimewa ataupun kita selalu panggil teman istimewa ni or dalam bahasa omputihnya gurl or boyfrend. Tapi ramai dikalangan kita (melayu) menganggap teman istimewa ngn gurl/boy prend ni berbeda. Ntah la. Tapi aku tetap berpegang teguh pada pendapat aku, yg jika kawan istimewa sesama lelaki,aku anggap sebagai rakan karib. Tetapi jika berlainan jantina,aku anggap boy/gurl prend. Senang kan.
Actuly maksud sebenar boy/gurl prend dalam bahasa melayu pun dah kawan lelaki or kawan perempuan. Ntah la. Melayu ni kadang2 suka mengcampuradukkan bahasa.
Apa beza kawan istimewa dan kawan biasa?
Bagi aku,kwan biasa yg kita akan hantar msg skali skale. Bertanya khabar. Takpun,kita akan slalu msg ajak makan atau keluar sekali sekala bersuka. Tapi klau kawan istimewa,kawan yg kita selalu msg. Macam,hang tgh watpe tu? Jom kuar makan? Aku tengah tensen ni,jom lepak2 minum. Takpun, aku takde duit nie.Pinjam duit skit ble?... Tapi klau kawan istimewa yg berlainan jantina,msg2 dia akan berbunyi,awak dah makan belum? Arini awak makan pe? Saya tensen la arini,teman la saya. Awak dah tido belum ni? Kenapa awak tido lambat sangat malam ni.
haha. Dari situ kita dah boleh lihat kan. Beza teman istimewa sesama jantina atau berlainan jantina? Kita manusia dilahirkan dengan mempunyai hati dan perasaan. Allah S.W.T menjadikan lelaki itu pasangannya wanita. Mustahil apabila lelaki bersama wanita tidak akan timbul nafsu. Sebab itulah kita dilarang berdua2an dengan bukan muhrim walaupun bukan muhrim tu `teman istimewa` kita. Mungkin kita tiada nafsu terhadapnya. Tetapi pastikah kita dia tiada nafsu terhadap kita?Simple bukan. Darah manusia semua warna merah. Tapi hati manusia siapa yang tahu? Wallahhualam.Ni la pendapat aku. Berlainan jantina tidak akan menjadi teman istimewa. Mungkin sekadar teman biasa. Tapi klau dah lebih dari biasa,aku akan panggil hubungan tu sebagai gurl/boy prend.
p/s Setiap manusia ada ego masing2. Kawan aku lelaki,ramai yang ada sampai 2 3 teman istimewa(kata diorang la). Mcm tu gak kawan aku yang perempuan. Bila aku tanya, ni jawapan diorang.~ala apit. biasa la. Aku sayang sorang je. Yang lain tu sekdar suka2 je. Tapi bila dah lama,aku malas la nak couple ngn awek lama tu. Busy body la. Apa la. Padahal time tu dia dah tangkap cintan ngn org lain @ yg sebelum ni digelar teman istimewa.
Aku tak pernah menyesal apa yang aku lakukan. Dan aku takkan menyesal apa yang akan aku lakukan. Kerana semua keputusan itu datangnya dari aku. Buat apa kita nak menyesal apa yang kita lakukan? haha.
1 comment:
Ayg ni GF ke kawan abg? hehe.
Love u syg!
Post a Comment