Atikel ini merupakan pendapat `PERIBADI` aku terhadap Artikel yang ditulis Oleh Samorouh dalam http://samurouh-khilafah.blogspot.com/2009/05/hukum-non-muslim-membaca-al-quran.html
Salam. AKu punya pendapat dalam hal ini adalah, tidak salah orang Kafir membaca Quran. Umar Al Khatab sendiri memeluk Islam setelah membaca Quran yg dirampas dari Adiknya.
Tetapi,ada beberapa yg menjadi persoalan; Apakah niat mereka sebenarnya? Adalah menjadi suatu perkara yg memalukan bagi orang Islam jika;
1)Jika golongan2 kafir ini membaca Quran hanya untuk mendapatkan sokongan politik.
2) Terdapat banyak kesalahan dalam bacaan mereka, tetapi tidak dibetulkan oleh orang Islam sendiri. ( Salah ke klau ada seseorang yang cuba membetulkan bacaan yg salah?)
3) Orang Kafir ini membaca tetapi tidak memahami isi maksud kandungan.( Mempunyai niat tersendiri, Allahualam).
Apapun, jika benar golongan2 kafir ini ingin mendalami Al`Quran, ajarlah mereka maksud dan kandungan,mereka masuk Islam atau tidak, bukan lagi urusan kita. Apapun, aku respek kepada Lim Guan Eng, yg menjadikan tokoh2 Islam sebagai panduan, bukannya seperti ahli politik di Perak yg membaca sekadar untuk ceramah POLITIK.hehe.
Sesungguhnya apa yg baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari sifat aku sendiri.
Amaran: Artikel ini ditulis dari pendapat peribadi aku. Aku bukanlah seorang Ulamak Sejati, Ulamak Mee Celup dan juga Ulamak Mee Segera. Aku adalah Insan yang sentiasa memerhati dan memikir. Aku juga berfikiran terbukan dan mengalu2kan pendapat dari kalian. Sama2 kita berkongsi Ilmu pengetahuan, pendapat dan pandangan dalam membangunkan Islam. InsyaAllah.
16 comments:
Banyak dikalangan orietalis barat mahir dalam ilmu AlQuran. Anthony Solomon, Arab Lubnan, bolih menyusun kamus/munjid yang mahir ilmu balaghah , mantik, nahu.. Salah ker na' berlajar?
haha. SAya tak cakap salah tok. Cuma saya cakap, jgn baca tanpa memahami maksud dan untuk tujuan poltik. Dan saya tak kata diorang salah, saya cuma kata orang Islam yg patut malu. Dan sebenarnya orang2 bukan Islam rugi klau tak belajar Quran,kerana semua Ilmu ada didalamnya.
Salam ziarah sedara mild..
Tentang Hudud tu,memang ianya untuk seluruh manusia. Sebagaimana Al-quran untuk umat manusia dan Allah untuk sekelian alam.
Cuma di dalam hudud terpecah 4 mazhab membicarakannya,antaranya mazhab hanafi yang mengatakan hudud hanya untuk orang islam sahaja.
Salam to batin..
Lama tak nampak to' batin di siasah,pergi mana lama menghilang?
Siapalah kita yang berperanan seolah-olah Penguasa yang memperkatakan boleh dan tak boleh membaca ayat2 Allah?. Sesungguhnya, ayat2 itu adalah hak milik semua insan ciptaan-Nya.
Siapalah kita yang cuba menafsir matlamat setiap dari mereka yang mengggunakan ayat2-Nya? Apatah lagi menghukum sesuatu perlakuan yang dilakukan oleh umat2 manusia?
Politik sememangnya politik, tetapi agama adalah hak milik umat manusia keseluruhannya.
Perbezaan hukum sememangnya ada dan pastilah masing-masing yang bertanggungjawab di atas segala hukum yang diambil dan dipraktikkan. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui dan Maha Melihat segala apa yang dilakukan oleh setiap insan.
Babi memang haram, tetapi ada ketikanya boleh jadi halal.
hehe. Saya sokong ngn Abg Bent. Sebab tu saya ada tekankan niat seseorang. Hanya Allah yg maha mengetahui. DAN saya tidak sesekali salahkan org2 non muslim membaca Quran, Cuma saya rasa sebagai orang Islam,kita patut Malu jika kita tidak membantu mereka memahami Islam.
:)
To ihya. Thank kerana sudi melawat dan memberi komen. Hudud terdapat di dalam Al`Quran. Sesiapa yg menolak hudud bererti menolak Al`Quran. Allahualam.
Tok Batin ada je. Boleh layari blog nya di http://tokbatinsenoi-x.blogspot.com/
p/s Blog tok batin membicarakan tentang sifat ketuhanan. Klau tiada ilmu `basic`, dinasihatkan supaya membaca tetapi tidak mengamalkan dan memikirkan. Sory ye tok. Saja bagi warning.
salam. hehe. ilmu2 gini berat sy nk telan. tapi satuju ngn pendapat kamoo. x sesuai kalau guna kitab suci Al-Quran semata2 utk tujuan politik. untuk meraih sokongan.padahal dasar mereka secara terbuka menolak negara Islam
semoga org bkn islam yg mmbaca ayat2 AlQuran terbuka hati mereka utk memeluk islam walaupun ianya tujuan politik...sama2lah kita mendoakannya...
To Ubey;
Ya saya sokong. Sebagai orang Islam kita haruslah berwaspada dengan agenda2 yg cuba menjatuhkan Islam. Tapi tak semestinya kita menyekat mereka mendalami Islam.
To mano;
Alhamdulillah. Cuma saya amat berharap saudara sentiasa mendoakan hati mereka untuk menerima hidayah. Jgn hanya tulis di blog ini untuk tatapan saja.
Apa na' pedulikan 'faham dan ta'faham', buat jer apa yang termampu. Kan ker semuanya citer 'TUHAN'
To Tok Batin;
Haha. Saya paham maksud tok. Semua datangnya dari Yang Satu.
salam alang
tidak salah kalau bukan Islam nak belajar Quran tetapi seperti yang alang cakap kalau ia bertujuan untuk kepentingan politik maka itu adalah tidak wajar.Alquran bukan untuk kepentingan sendiri tetapi untuk kebaikan sejagat
Salam takzim
Zharif
Salam,
semoga LGE dan mereka yg lain diberi cahaya dan hidayah oleh Allah utk benar-benar menghayati mempelajari dan mengamalkan isi dan kandungan Al-Quran..Insyallah..kena doa yg baik-baik ,jgn dok pandai kutuk je..jauh rezeki!!
Tak salah rasanya kalau non muslim nak baca al quran...Mana la tau, kalau ada rezeki, insyaallah dia akan peluk agama islam...
To Zharif , Ikan Emas dan Jas;
Apapun, kita sama pendapat, tak salah orang kafir membaca Quran.
P/s Sama2 kita doakan agar Islam semakin maju dan berkembang di Malaysia
Post a Comment