Iklan

Tuesday, August 11, 2009

Ahmad Si Tukang Urut

Arakian kisah,

Di sebuah kampung diberi nama Kampung Mempelam, terdapat dua orang si Tukang Urut. Sorang bernama Ahmad. Terkenal kerana kehebatan mengurut dan juga kerana sifat bongkak dan angkuh atas nikmat kurniaan dariNya. Sorang lagi bernama Harun, cacat kakinya dan juga seorang pendiam tetapi sering dicerca dan diumpat oleh Si Ahmad kerana ilmu Harun jauh lebih rendah darinya dan kerana kecacatan kakinya.

Ditakdirkan tuhan, ketika memanjat sebatang pohon kelapa yg tingginya hanya 5 kaki cuma, Si Ahmad jatuh tergolek2. Maka terkehel-lah semua urat2 di badan nya. Dalam kesakitan Ahmad berjalan pulang. Di rumah, Ahmad menggunakan segala kepakaran mengurutnya untuk mengurut diri nya. Namun Hukum dunia, mana mungkin seorang tukang urut mampu mengurut dirinya sendiri. Sehebat mana, segagah mana si tukang urut, ilmunya tidak berguna untuk dirinya.

Maka dengan wajah yg malu dan bebal, dia merintih pertolongan si Harun, Si tukang urut yg selalu dicerca dan dihinanya dulu. Itulah adat dunia, Jika hari ini kau pikir kau berkuasa, sebenarnya kau tidak mempunyai apa2. Apa yang kau ada cuma hakikat diri. Tanpa sebarang keistimewaan dan kelebihan.

Pikirkanlah....

5 comments:

Werdah said...

salam.. ya! kita hendaknya selalu insaf begini.. apa yang ada pada kita hanya pinjaman dan kita perlu manfaatkannya ke arah kebaikan.

Na Shari said...

Hidup ibarat roda, kadang kita di atas, kadang kita di bawah...

patungcendana said...

manusia...begitu lah

aku baru terbaca pasal kau accident tu...kau tak apa2 kan?
sentap kejap...huhuhu

kirana said...

Alahai... nape la bila Kirana abih baca citer nih rase2 mcm tercili la plak, kan? Ape makne nyer?

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

betul.

kadang2 bila kita di atas jgn lah sentiasa mendongak ke langit.

tengoklah jga rumput yang dipijak.
takut2 tersadung batu atau terpijak najis.

renungan yang bagus alang!