Iklan

Monday, November 9, 2009

Sikap Gedebe Segelintir Penyokong Kelantan

Mendengar gelaran `gedebe` tentu ramai mengaitkannya dengan Kelantan kerana loghat negeri itu membawa maksud samseng atau orang panas baran. Tapi bukanlah semua org Kelantan yg bersikap begitu. Ramai member2 aku dari Kelantan bukanlah kategori `gedebe`. Cuma mungkin segelintir sahaja.

Peristiwa perlawanan Piala Malaysia ( KOSMO ) antara N9 bertemu Kelantan jelas menunjukkan sikap Gedebe sesetengah penyokong Kelantan. Aku bukan anti Kelantan, cuma aku sendiri pernah mengalami peristiwa seakan serupa 2 3 tahun lepas. Ketika Perlawanan antara Kedah bertemu Kelantan di Kota Bharu. Penyokong dan kenderaan pasukan Kedah diserang ketika Kelantan kalah kepada Kedah. Dan ketika perlawanan timbal balik di Kedah, walaupun pasukan Kedah kalah kepada Kelantan di stadium sendiri, tetapi penyokong Kedah tidak mengamuk dan menyerang penyokong Kelantan. Jujur aku nyatakan, jika ikut kehendak hati aku, aku nak mengamuk dengan menyerang kenderaan penyokong Kelantan di luar stadium ketika itu. Tetapi sikap segelintir penyokong Kedah yg melarang dengan menyatakan, kita bukan Kelantan. Klau kita kalah, kita bukan jenis serang dan bakar kenderaan org. Kenapa, tiada penyokong Kelantan yg marah atau melarang penyokong lain membuat kacau dengan membakar benda di Stadium Bukit Jalil pada 7 November lepas? Entah.

Kepada segelintir penyokong Kelantan, diharap dapat membuang sikap gedebe ini. Mungkin suatu hari nanti sikap ini akan memakan diri mereka kembali seperti yg berlaku di Perlis baru2 ini.

Org N9 mungkin tidak seramai penyokong Kedah jika Kedah yg bertemu Kelantan di Stadium Bukit Jalil. Jika Kedah yg melawan Kelantan pada 7 November yg lepas, Aku rasa mungkin peristiwa ini akan lebih buruk.

Apapun ini hanya pendapat peribadi aku. Maaf kepada penyokong Kelantan yg berhemah dan bersopan santun.

Cargas.

11 comments:

AiNeRzA said...

hihihi...gedebe...lama x dengar perkataan tu...insaflah oi pada orang2 yg suka dok cari pasal tu...kalo x blh tahan marah...bawa tv tengok sesorang kat toilet...HIDUP KEDAH!!!!

ZahirZ™ said...

tuela...aku ore kltn gak...malu la sstgh org kltn wat cmtue...sume org kne mrh...

Fathiha Zainal said...

Yaa...
Sikap segelintir pihak yg x bertanggungjwb itu telah mencemar nama baik org timur yg kononnya terkenal dgn adab dan sopan santun.
Cukup memalukan.
Patot jadikan kesilapan lalu sbg pengajaran.
Biasa lah tu adat bertanding, ada menang ada kalah.
Payah la kalo sume nak menang.

alang said...

Tu la. Mcm aku dah state, org kelate tak semuanya gedebe. Just segelintir je. Aku rasa Persatuan Bola Sepak Kelantan harus letak diorangnya Spy dekat kawasan2 strategik. Then ambik tindakan kepada mana2 pihak yg cuba buat kecoh. Dan para penyokong lain seharusnya menasihati perkara ni sama. Jgn harap kat FRU or staf stadium je. :D

Na Shari said...

Honestly, siaran langsung malam tu dah mengubah persepsi akak terhadap orang kelantan...

Macam alang kata la...Tak semua orang kelantan macam tu....Tapi disebabkan nila setitik...rosaklah susu sebelanga.

un said...

aku lak kasihan pada yang pergi betul² utk tgk bola..:)

Unknown said...

penyokong perak gak yg best!!!

Anonymous said...

Salam. Aku pun org Kelate. Aku pergi Bukit Jalil hr tu. Mmg rasa jugak malu terhadap sikap gedebe tuh. Tp apa yg aku perhatikan, masih ramai lg yg pergi sbb nk tgk match mlm tu dan bukannya nk gedebe tak tentu pasal. Nak halang pun, bkn dorang dgr. Emosi dh kuasai diri dorg masa tu. At least, aku tau, tak semua ore Kelate mcm tu.

Only my two cents

MR LUV FRUIT said...

singgah jap..sambil tu ade nampak add pasal n9 vs klante n nk joint gak..aku n orang pahang,tp aku sokong n9.ape yang diorang wat aritu memang tak patut r, xpikir ke harte orang lain diorang main rembat j.ce senonoh skit perangai tu,xde r orang lain asyik nk kondem budak klate j

nizaa said...

orang kedah cool...=)

Unknown said...

aku x gi pun stadium ari tu..tp psl perangai tak senonoh penyokong klate tu, aku xde rasa malu pun. Biasa jer. sensitif la korang nih. bukan bunuh org pun.. bakar kerusi jek. kat org klate xyah malu la..manja btol la.