Iklan

Friday, January 2, 2009

Apa itu solat?

Bukaklah semua jenis akhbar, even harakah pun ada menunjukkan betapa jeliknya pemikiran dan perlakuan anak2 muda Melayu di malam sambutan tahun baru. Baru2 ini kecoh dalam surat khabar tentang pendidik ditangkap khalwat. Apa ni? Inikah Islam Hadhari yang diperjuangkan oleh Paklah Badawi? Allahualam.

Mengapa ini terjadi kepada anak2 muda kita? Persoalan yang aku nak bangkitkan disini adalah kenapa orang yang tak pernah tinggal sembahyang dan berstatus ustaz dan ustazah pun ada yg melakukan maksiat?Adakah kerana depa ni semua tak solat sehari 5 waktu? Aku tgk ada kawan2 aku,Yg solat tak pernah tinggal,tapi malam new year klauq ngn `Awek`. Apa kejadahnya semua nie. Aku rasa majoriti orang yang mengaku Islam pernah dengar ayat `Solat itu tiang agama,Runtuh Agama Itu kerana kurangnya solat`. Betul ke solat tu tiang agama?

Klau kita renung2 kan. Memang solat itu mengajak manusia ke arah kejayaan. Tak caya? Dengar Azan betul2 ,kan dalam Azan sendiri mengajak manusia menuju kejayaan. Tapi sebab apa orang yg solat sehari semalam pun idak terlepas dari melakukan maksiat?

Antara sebab orang yg nampak`Islam` ini melakukan maksiat adalah kerana mereka bersolat. Tapi hanya melakukan perbuatan tanpa tahu solat itu untuk apa. Tanpa menyerah diri kepada yang Esa. Mereka2 ini hanya mewarisi Islam daripada kedua ibu bapa tanpa tahu Islam tu apa. Ustaz2 dan ustazah pada masa kini hanya menghafal kitab2 agama untuk lulus peperiksaan dan menjadi `alim ulama`.Tanpa mengambil iktibar mahupun menghayati apa itu Islam.

Hmm. Bagi aku,orang2 yang solat sehari semalam 5 waktu tapi melakukan maksiat adalah orang2 yang tidak melaksanakan 13 rukun dalam solat. Sedarkah mereka rukun yang pertama iaitu berdiri tegak pun masih mereka tak dapat buat. Inikan pula rukun2 yang lain. Betulakah rukun pertama dalam solat berdiri tegak? Betul. Tapi kenapa orang yang kurang upaya tak payah pun berdiri tegak tapi sah solat mereka nie? Dalam erti kata yg lain, berdiri tegak bukan bermaksud hanya jasad kita berdiri tegak. Ia bermaksud akidah dan tumpuan kita tegak kepada Allah S.W.T. Jika kita dapat menghayati solat,Maka jadilah kita seperti sahabat2 Muhammad S.A.W. Salah seorang sahabat nabi ditikam ketika solat, tapi masih mampu meneruskan solat seperti tiada apa2 yang berlaku. Tidakkah kita pernah mendengar ayat ini,Sesungguhnya rugilah bagi orang2 yang tidak berfikir.

Pikir2 kan lah. Adakah rukun solat yang pertama kita dapat lakukan sebelum melaksanakan rukun2 solat yang lain.

Wallahualam. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T.

No comments: