Esok aku akan pulang ke Malaysia..kesempatan ini aku ambil dengan pergi menjala ikan di sungai di kaki gunung Suralaya..sejuk airnya! Anehnya sejak pagi tadi hingga jam dua aku tidak dapat seekor ikan pun.lalu aku berehat di tepi tebing..tidak jauh dari tempat aku berehat ada seorang lelaki tua yang sedang mengail..anehnya dia mendapat ikan yang banyak.."barangkali hari ini sial bagi aku..langsung tidak dapat seekor ikan pun..tapi bapak nampaknya lumayan!," sapa aku."kalian barangkali dari Malaysia bukan? apa pekerjaanmu di sana?" orang tua ini membuatkan aku terkejut kerana tekaannya betul." saya peniaga pakaian!" jawab aku.."jadi apa kekurangan yang kalian dapat jika kalian tidak memperolehi seekor ikan pun? Kalian ada perniagaan di sana? Aku sudah tentu diberi rezeki oleh Tuhan kerana ini mata pencarianku!"."ya! Tuhan memang adil bapak," balas aku."Cuma kadang2 saya enggak sedar saya mencerca Tuhan kerana dia tidak memberi apa yang saya pinta..walhal saya selalu dapat rezeki yang telah dikhaskan untuk saya,"
Aku mengalah bukan saja-saja. Ada kebenaran pada kata-kata si Tua yang bukan sebarangan orang ini.."Ah! Sudah asar! ayuh solat!".. Orang tua ini terus bertayammum dan mengerjakan solat..Aku terpinga-pinga lantas mengambil wudhuk dan sembahyang di belakangnya..sehabis solat aku bertanyakan soalan yang memang aku dendami sejak tadi.." Bapak! Mengapa bapak bertayammum sedangkan tidak sampai 10 langkah ada sungai yang mengalir untuk kita berwudhuk?""Apakah kau yakin aku akan hidup dan sempat bersolat dalam perjalanan 10 langkah untuk berwudhuk itu?Aku tidak mahu mati sebelum sempat menunaikan sebarang waktu solat dengan sengaja"..
Aku bungkam....
Dicopy and edit di blog Wak Jono.
No comments:
Post a Comment