14 jan 2008, Satu tarikh keramat dalam diri aku.
Satu pengalaman baru yang tak mungkin dapat aku kikis dalam memori.
Itulah hari pertama aku masuk ke dalam wad. Hari pertama aku naik ambulan ke hospital.
Hari pertama aku tahu siapa kawan ketika aku susah. Hari yang mengubah tanggapan aku terhadap hidup ini.
Selepas sehari suntuk di hospital. Malam tu Maklong @ Shamsiah,kakak angkat mak aku datang melawat di hospital. Kredit untuk maklong sebab sanggup ambik berat pasal aku tika aku di tempat orang. (Maklong merupakan staff nurse di hospital klang). Hari kedua dan ketiga ramai rakan2 aku yang mula melawat. Dalam hati aku,Ramai jugak rupanya kawan2 aku. Dan ramai juga yang mengaku kawan,tapi dengan alasan sibuk diorang tak dapat datang.
Apapun aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada yang sudi datang melawat aku di hospital dan yang bercadang untuk melawat aku. InsyaAllah aku takkan lupakan jasa2 kalian. Kalianlah sahabat dunia akhirat.
Tak lupa juga terima kasih aku ucapkan kepada ibu bapa aku,abang2 aku samada yang datang melawat ataupun sekadar call tanya khabar. Mak dan ayah aku datang hari khamis malam. Diorang siap masakkan sup ketam untuk aku. Ikut ckp maklong,sup ketam paling baik untuk naikkan pellet darah. Nak menangis aku tika lihat mak dan ayah aku datang dari jauh semata2 nak bagi sup ketam dan jaga aku. Malam tu mak aku cakap nak tido kat hospital. Aku bantah.Tak sanggup aku lihat mak dan ayah aku tidur merempat kat tepi katil hospital.
Aku bukan anak yang tidak berperasaan. Biarlah aku sakit,Biarlah badan aku merana,tapi jauh sekali untuk aku membiarkan ibu bapa aku merana sebab aku. Aku tahu,mereka dah bersusah payah menjaga aku sampai aku besar macam sekrang. Aku tak sanggup melihat mereka bersusah payah lagi demi aku. Ari ahad, 18 jan mak dan ayah aku berangkat balik. Aku dapat lihat dalam mata diorang risau memikirkan keadaan aku. Pergilah mak,abah.. InsyaAllah esok lusa apit kuar. Dah sehat..Cakap aku bagi myedapkan hati diorang.
Selepas mak dan abah pergi,tinggallah aku kembali di hospital. Mujur banyak teman2 yg datang mengisi kekosongan dalam hati ini. Hp yang ada dalam tangan aku ni,Aku call member2 untuk menghilangkan kebosanan.Ada yang sudi menemani aku berbual dan ada juga yang memberi alasan sibuk dengan tugas. Arghh,abaikan. Diorang nak sibuk ke apa ke,Aku ni tiada apa2 bagi mereka. Biarlah lah. Akhirnya setelah 8 hari di hospital,aku dibernarkan pulang. Itupun dengan berbekalkan ubat `aneh`. Sekali makan 4 bijik,dua kali makan sehari dan tarikh appoinment baru 28 hb jan.
Alhamdulillah,dapat aku melihat dunia luar kembali. Syukur Ya Allah.
Thank to ibu bapa, maklong dan paklong, banglong, makndak dan paklan(cousin),rakan2 rumah aku, rakan2 rumah empuk dan khai dan semua rakan2 yang sudi melawat aku. Thank bro.
Cargas!
2 comments:
ASALAMM...
IYA..IBU BAPA LAH YANG PATUT KITA HORMATI...
ASALAM....
Thank cos sudi coment kat blog aku. Wassalam.
Post a Comment