Iklan

Tuesday, March 3, 2009

Aku Bukan Musuh Harta...

Gila. Sapa tak suka harta. Try mai habaq kat aku. Nak tau gak aku orang gila mana yang tak suka harta. Tak suka harta sebab pentingkan Akhirat? Ciuh. Depa tak pernah dengaq ayat ni kut, Carilah harta umpama kita akan hidup seribu tahun. Tapi! Beramal lah seumpama kita wafat esok hari.
Tapi tula, Aku tengok ramai orang yang betul2 Islam miskin. Apahal eh. Orang yang memakai topeng Islam plak byk yang kaya. Adakah Islam menggalakkan umatnya miskin? Memakai pakai2an yang selekeh? hehe. Entah. Aku pernah baca satu kitab, Iman Al-Malik sering memakai pakaian dan perhiasan ketika berjalan di khayalak ramai. Ada seorang hamba Allah ni pi tanya dia, Wahai Malik,Kenapa engkau sering menunjuk2 kemewahan mu. Tidakkah itu satu perkara yang tidak baik. Lalu menjawablah Iman Malik, Allah S.W.T berikan aku harta untuk digunakan,bukan untuk disimpan. Haha. Kan dah kena mamat yang tanya tu. Apapun jom kita hayati lirik lagu dari Dr Asri. Moga kita beroleh manfaat. Aminn.

AKU BUKAN MUSUH HARTA
Mereka kata :
mengapa kita tidak kaya raya?
tengoklah si fulan itu, bermewahan saja...
aku bertanya : apakah caranya untuk aku kaya?
tapi... secara mulia dan tanpa berdusta
.
bukan kita tidak tahu
jalan, denai dan liku
agar harta ditemu dan disapu
tapi semuanya cara palsu dan tipu....
bukan kita tidak mahu
tapi kita tidak mampu
takut dan terkedu
mengenangkan Yang Maha Satu
Yang Tiada BagiNya sekutu
.
ya, telah kaya pengkhianat
dengan harta yang sarat
tapi mereka lupa akhirat
balasan yang berat
di dunia, jiwa bertukar menjadi keparat
.
ya, telah kaya para pendusta
syarat mereka: lupakan Yang Esa
harta rakyat, semua disebat
harta awam, semua dibekam
hukum syaitan, mereka bertuhan
.
kita pun ingin kaya
ada harta, ada kereta yang istemewa
ada rumah mewah yang melimpah
ada hidangan yang bukan sebarangan
ada duit yang bukan sedikit
.
tapi.. jalannya hendaklah suci
bukan seperti seorang pencuri
jika ada jalan yang mulia
di hujungnya ada harta
tunjukkan kita, di mana saja
kita bukan musuh harta
kita cuma musuh pengkhianat bangsa
dan negara
apatah lagi pengkhianat agama...
Note: Dinyanyikan oleh Kopratasa.Lagu ini telah diharamkan untuk disiarkan oleh RTM kerana dikatakan mempunyai unsur2 ganas yang tidak sesuai untuk kanak2. haha. Bodoh itu olang. Aku rasa lagu ni kena tepat kat batang idung dia kut. Lantak pi la kat dia.

1 comment:

Ryehanna said...

tetiba jumpa blog ko. mind if i add ur blog's link on my page?