Esok adalah tarikh penentuan bagi 2 bukit dan satu batang. Dalam hati kecil aku,Aku berharap PAs akan menang di bukit gantang dan PKR Kalah di bukit Selambau. Tapi, klau aku dibenarkan mengundi di Parlimen Bukit Gantang,rasanya aku akan mengundi UMNO.haha. Terus terang aku cakap,aku tolak PAS kerana golongan2 erdogan ( Org Anwar ) sedang mendominasi PAS. Klau tidak masakan Tuan Guru Nik Aziz sanggup memarahi Cikgu Pa kerana terlalu yakin dengan 16 Sept ciptaan Anwar. TG Nik Aziz juga berbalah pendapat dengan Presiden yaknik TG Hadi Awang. Aku tak salahkan TG Nik Aziz,beliau dikelilingi oleh puak2 erdogan yg diketuai oleh Husam Musa. Ntah la. Bawah ni adalah artikel aku dalam post terdahulu antara sebab, cerita dan alasan kenapa aku masih memilih Umno.... Wassalam
Salam
Aku dah lama terlibat dalam politik. Ayah aku org kuat PAS kawasan bukit raya parlimen pendang.Mak aku org kuat PAS kawasan Kuala kedah dun teluk kechai. Ramai kaum kerabat sedara aku org PAS. Tapi kenapa aku memilih UMNO?Hehe. Sebelum tu aku nak crita pasal diri aku. Tahun 1999 dimana Tahun kebangkita PAS di kedah. Aku salah sorang anak muda yg terlibat secara langsung memasang PANJI2 PAS di kawasan mergong dan kawasan anak bukit. Aku ambil bendera dekat markas PAS Perumahan awam mergong dekat tingkat dua bangunan kedai.AKu juga ambik bendera dekat markas PAS tanah merah ,anak bukit. Time tu ramai ahli keluarga Allayarham Cikgu sukri yg menjaga markas PAS anak bukit. Demi Allah aku pasang bendera2 PAS bukan sebab duit dan kuasa. Aku ingat pesan Utz aku,Ustaz Ramlee. Siapa yg kata Hukum hudud tidak dpt dilaksanakan di Malaysia bermakna menolak Al`Quran. Kerana hukum hudud tertulis dalam Al`Quran.
Secara tak langsung mereka menyatakan Al`Quran tidak sesuai diamalkan di Malaysia. Siapa yg menolak Al`Quran apa hukumnya? Allahualam. Time tu ramai rakan2 aku yg pasang bendera untuk UMNO akan dapat 20 ke 30 ringgit dan mungkin lebih.(majoriti mereka tinggal kat Flat Mergong depan skolah STAR). Aku pasang bendera@ panji2 PAS tanpa mengharapkan habuan. Yg aku dapat sepinggan bihun goreng di markas PAS tanah merah,anak bukit.Aku amat hormat dan menyanjung Pemimpin PAS time tu Allayarham Dato` Ust Fadzil Noor.Time beliau meninggal di HUKM aku antara org@penyokong Allahyarham yg ada dekat situ,Bandar tun razak.Tahun 99 juga menyaksikan dalam sejarah PAS menang banyak kerusi dun Melayu dan paling mengembirakan PAS menang 8 PArlimen dari 14 parlimen di kedah.
Pilihan raya 2004 menyaksikan kemerosotan PAS.Bukan sebab org melayu dah berpaling tadah.Tp sebab perpecahan @ persempadanan semula kawsan pengundian ,PAS kalah byk kawasan. Kenapa kini aku sokong UMNO? kerana aku menentang keras PAS bergabung dengan ADIL. Parti yg wujud hasil dari ketidak puasan hati pemimpin UMNO sama seperti S46. Ayah aku pernah cakap dulu,walaupun dia PAS,tapi klau kawasan dia S46 bertemu dgn UMNO dia rela undi Umno dari S46 sedangkan S46 bergabung dngn PAS time tu. Aku tentang Adil kerana prinsip asas penubuhan parti ini bukan untuk memperjuangkan ISlam di Malaysia.Mereka inilah yg menyebabkan Melayu berpecah. Kenapa tidak Yg melayu masuk PAS,yg bukan melayu masuk DAP. Kenapa nak ditubuhkan ADIL? Dalam post2 aku sebelum ni aku tak pernah kutuk PAS. Aku hanya kutuk Adil kerana bersikap bermuka2. Habis tu,Klau Najib tun razak digulingkan dengan kes Altantuya. Dan selepas 6 tahun dia terbukti tak bersalah.Adakah dia akan menubuhkan Partinya sendiri seperti Anwar Ibrahim dengan alasan ada konspirasi untuk menjatuhkan dia. Aku cabar siapa yg kata Najib bersalah memberi bukti2 yg sepatutnya.Jgn hanya menuduh.Dalam Islam sendiri untuk menuduh seseorang harus mempunyai bukti. Klau Najib tidak bersalah apa yg akan kita jawab di Akhirat kelak di dalam Mahkamah Allah kenapa menuduh seseorang tanpa terbukti dia bersalah? Klau siapa yg masih tak paham konsep hukum dalam Al`Quran boleh dengar ceramah Mufti Perlis dalam youtube mengenai kes Azhar Mansor. Mufti Perlis juga dikutuk dengan menyatakan beliau bapak setan dan sebagainya. Apa ini???Siapa Badrul Amin ni? Dia ni lulusan undang2. Siapa dia nak mempertikaikan mufti Perlis. Gila.Nama depan Ustz,tapi menyamakan ulamak dengan bapak setan. Apaaa niiii!!!! Ni la org yg gila kuasa. Kenapa kerana kuasa org Islam sanggup menuduh seseorang yg Berilmu seperti Dr Asri?Perlu diingat yg mufti perlis juga ada menegur Kerajaan tetapi tidak pula pemimpin kerajaan kata Dr Asri bapak setan. Pikir2 kan lah.
Aku tak nafikan dalam UMNO byk golongan yg buta agama. Walaupun org berilmu seperti mashitah tetap buta agama kerana gilakan kuasa. Adakah salah aku masuk UMNO,dampingi UMNO untuk mengubah.Untuk menasihati pemimpin2 umno?Setiap org ada cara sendiri utk berjuang. Aku terfikir,Jika Anwar Ibrahim tak dijatuhkan dengn konspirasi politik adakah beliau akan menjadikan Malaysia Negara ISLAM? Haha. Tak mungkin. Org2 dalam politik ini semuanya lidah bercabang. Baca artikel ini. http://www.malaysiakini.com/letters/77001PAS menang besar 1999 kerana semangat ISLAM. PAS menang besar 2008 kerana pengaruh Anwar Ibrahim bukan kerana prinsip utk menubuhkan negara Islam. Lihat Ezam. Suatu ketika dulu dia lantang berdemonstrasi mengakkan keadilan. Pernah ditahan ISA.Tapi apa jadi pada dirinya kini?
Aku bukan nak menfitnah,cuma pendapat aku dia masuk UMNO kerana wang.Bukan kuasa,kerana UMNO tgh lemah dan kacau bilau. Tak mustahil Anwar Ibrahim akan berubah apabila sudah mendapat kuasa seperti yg terjadi pada Menteri besar selanor kini. yg menyembunyikan akaun kedua daripada pengethuan PAS. Ingatlah saudara2ku,klau org berpolitik bukan untuk menegakkan ISLAM,aku yakin suatu ketika nanti mereka akan berubah kerana kuasa dan wang ringgit.Aku masuk UMNO kerana aku ada perjuangan aku sendiri. Di samping itu aku hormati hak2 saudara2 dalam barisan rakyat. Aku sentiasa mendoakan ISLAM dapat ditegakkan di Malaysia. Itu hak dan pandangan aku. Saudara2 juga mempunyai hak dan p erjuangan saudara sendiri.
Salam.
4 comments:
Syabas saya suka pemikiran yang terbuka. Nowaitu kita mahu betul. Seketul hati mahu di jaga. Kalau baik hati itu, baiklah semuanya.
Pada pemikiran saya Pas dan Umno, sudah semakin merapat. Pada Zaman Pak Lah sudah tidak ada semua satu Mesjid dengan 2 Iman. Berpecah belah. Tuduhan melulu, kafir mengkafir.
Pada pandangan saya orang luar (dari Singapura) perpecahan orang melayu dan kaum lain rasa tak puas hati adalah kerana DSI (Anwar). Saya tak tahu apa dalam fikiran mereka. Saya selalu berdoa supaya Pas dan Umno bersatu.
Kalau saya orang Malaysia ,saya juga akan memilih Umno. Walaupun ada kebuburukan atau ketidak lancarannya. Tapi secara keseluruhannya Umno masih dalam fikiran saya.
Saya minta maaf kerana saya orang luar, bukanlah celupah tetapi hanya memberi pandangan.
Saat Jais
www.saatjsis.wordpress.com
Brader,
Kita bukan nak menuduh,tapi bukti penglibatan minah monggol dah terlalu jelas..You pikirlah..Camana 2 UTK tu nak sembelih minah tu tanpa sebab..Diorang ikut bos brader..Siapa plak boss dia???U pikir jelah..Kita umat manusia ada akal fikiran..You pikirlah...
Fitnah bukannya masalah sekarang tapi kenapa berselindung??Mahkamah dah macam kangaru..Setakat nak panggil boss dia beri keterangan pun dah payah..Semua bias..You pikirlah..Kalau adik atau sedara you yang kena C4 tak ke haru??Mana keadilan beb??
Ok,hang tak sokong Pas takpe..Mungkin hang bakal menjadi usahawan cendawan UMNO..I salute family you..Bukan salah you beb.You muda lagi,senang kena tempias usahawan tender tertutup..I tak kisah style you tu..Tapi you pikirlah..Makcik ,Pakcik kat kampung..Maybe lepas join UMNO dan dapat durian runtuh tanpa peluh ,u boleh berlagak ngan merc e class kat kampung..Tapi you pikirlah..Tak maluke makan rezeki haram cara jalan mudah??Apa nak yang dibanggakan??You bukannya kerja keras cam sedara PAS you kat kampung.Tak caya you bukak mata sikit Mesyuarat Agung UMNO..Alparhd,Merc,BMW entah cam cam berlambak..Busines setakat buru tender je..Jadi Ali baba..You pernah join orang cina & india tak??Diaorang ada factory,business sendiri..Kerja cam nak mampus,Harta bejuta pu pakai camry atau honda..Berbeza kalau you jumpa orang pas kumpul...Paling banyak pun Proton..Pas tak kisah..Setakat belagak bukan style PAS beb...Pikirlah
You tengoklah Tok Guru kita..Pernah dia rasa naik business class gi tebang??Pernah dia rasa jam 160K ,jacket mahal??Adakeh tok guru tinggal kat istana??Ada dia naik kereta mewah???You pernah pergi rumah dia tak??Penuh dengan keimanan..I betul betul kagum..Naik kereta merc 20 tahun ,sofa kayu lama..Rumah papan..You masih nak kutuk PAS???Bandingkan pemimpin UMNO kalau dapat perintah kelantan untuk 20 tahun maam tuk guru..Mana ada MB UMNO/BN yang tak jadi billionaire dalam sepenggal beb..U tengoklah harta Md.Taib,Mokhtar,Muhiyidin,Ghani,Toyo,Taib Srwak..Hairan beb kalau u masih buta....Pikirlah
Ha ,yang hang cerita Melayu hebat kalau join UMNO takpayah beb..Melayu memang hebat sifat diaorang..I orang India,membesar kat kampung melayu..I tahu style orang melayu..Diaorang bukan malas tapi telah ditindas atas nama Ketuanan Melayu oleh secepot Melayu tamak..Melayu berketurunan bangsawan dari zaman british..Diorang halang melayu keluar kampung..Diorang sekongkol ngan British humban orang melayu kat kampung..Majoriti masih sama..You tengoklah orang kampung dan flet flet rakyat..Tak ke sedih tengok diorang..Kalau ditaja ke luar negeri,majoriti anak penjilat kaki UMNO...UITM hanya institut untuk meneruskan idelogi mereka..Budak kampung gi sana nak belajar tapi dihidang dengan politik murahan ,rasicm melampau..Inilah bakal pemuda & puteri UMNO..You tak paham lagi ke??Pikirlah..
I ada lagi banyak nak cerita..Ha tang derhaka tu..Bukan you tak tahu UMNO bapak segala derhaka..Tapi peliklah,ahli UMNO buat de je..Tak ke rasa malu you tuduh orang lain derhaka..Dia bukan lawan raja utk kepentingan sendiri tapi untuk rakyat..You pikirlah..
Hal tanah untuk Cina kat perak..Hai,you cuba renungkan tanah -tanah beribu ekar yang dirampas oleh kaum UMNO dan BN..You cuba congak beb..Beribu-ribu ekar untuk sekor..Tapi setakat nak beri 1 plot untuk rumah nak melenting...Orang Melayu dan asli pun dapat tanah..You tengoklah,,you kajilah berapa banyak kampung melayu dapat tanah baru baru ni bawak PKR Perak..Peliklah..Kalau nak tolong orang susah sakit,tapi kalau nak kayakan orang kaya senang pulak..You tak malu ngan sedara Pas you ke brader??Satu lagi..Orang Cina tak bayar cukai ke??Selama ni duit UMNO makan pun 70% cukai orang cina..Susah sangatke nak beri satu plot tanah yang mereka diami selama 50Tahun lebih..You pikirlah brader??
Kalau you masih tak sedar...Hmm susah nak cerita lagi beb..I rasa you tahu baik buruk dunia..Cuma kesenang dunia dan peluang mendapat rezeki mudah membutakan mata you..You pikirlah..
Ok brader, kalau i terlebih sekit,tolong maafkan ye..I bukan nak kutuk you atau UMNO tapi kalau keadaan pengurusan harta sekarang berterusan,Malaysia akan bangkrap tak lama lagi..Tak ke haru kalau kita ke Indon,Thai,India,China cari rezeki???Sekarang pun banyak bergantung kat Singapore..You pikirjelah..
http://malaysian-spirit.blogspot.com
Salam.
ya memang, setiap apa yang kita utarakan harus mempunyai bukti. Tampa bukti itu fitnah namanya. YB Perdana Menteri sekarang kata terlibat dengan Wanita Monggolia. Betul ke ada bukti... dengar-dengar sahaja. Kekadang kita tak tahu benarnya.
Dah lama saya dengar DSI(Anwar) kata ada bukti, ada bukti. tapi tak tahu lah???...
Sedangkan 16 september 2008, tak pun berlaku. Ini kenyatannya. Saya katakan lagi harap Parti di Malaysia semuanya bersifat jujur, Pas, Umno, Pkr dll.
Harus di ingat, setiap kali kita, kita tunjuk sesuatu , ada 3 jari tunjuk kearah kita. Jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Semua parti harus buat koreksi untuk Rakyat. Saya rasa Malaysia akan berada di mercu keagungan Di Dunia.
Cuma berhati-hati pada leader-leader yang mempunyai kepentingan diri. Tak kira apa parti. Memang setiap parti tidak semuanya dinaungi oleh orang-orang yang jujur.
Maaf jika tutur kata keterlaluan. Kekadang setiap yang berlaku, lihat di sudut positifnya.
Saat Jais
http://saatjais.wordpress.com
Salam dan selamat Sejahtera to Assaad dan Vicky. Setiap manusia dikurniakan akal fikiran untuk berfikir.Dan setiap akal fikiran yg diketengahkan mahu atau tak akan berbeza dari setiap yang lain. Sebab itulah untuk mengecapi hidup yang harmoni ataupun membuat keputusan yg bijak,kita seharusnya berbincang. Seorang CEO tidak akan dapat membangunkan sebuah syrikat tanpa bantuan dari lembaga pengarah dan pekerja2nya,right? Saya rasa agak panjang untuk saya menjawab di dalam comment ini. InsyaAllah saya akan Posting entry menyentuh bab ini.
Post a Comment