Iklan

Tuesday, May 26, 2009

3 Calon Timbalan Presiden Pas

Note: Artikel ini adalah pendapat penulis semata2.

Pemilihan PAS kali ini menyaksiakan pertandingan 3 penjuru jawatan Timb Presiden PAs.
Calon2 berikut adalah Nasharudin Isa, Husam Musa dan Mat Sabu. Klau kita perhatikan, ketiga2 calon ini mempunyai pendekatan dan perjuangan yang berbeda antara mereka. Samada saudara percaya atau tidak, pertandingan ini juga akan menjadi penentu hala tuju PAS selepas ini. Bangun jatuh PAS akan ditentukan oleh ketiga2 calon ini. Ini bukan bermakna TG Hadi Awang tidak mempunyai kuasa, cuma kredibiliti mereka2 ini yakni calon timbalan ini lebih menyerlah. Manakala TG Hadi Awang lebih gemar mengambil jalan selamat yaitu tidak mahu menimbulkan sebarang kontroversi. Mari kita imbas kembali, siapa calon timbalan ini;

Pertama Nasharudin Isa. Bagi aku, beliau merupakan seorang ulama yang pro Umno. Mahu atau tidak, kita terpaksa menerima yang beliau merupakan watak utama sewaktu rundingan sulit PAs-Umno. Sehinggakan ketua penerangan PAS, Mahfuz Omar juga tidak tahu menahu mengenai hal ini. ( Dia ckp la. Betul atau tk Allhualam). Tetapi Nasharudin ini bukanlah seorang aktivis. Beliau lebih suka mengambil jalan selamat. Pernahkah tuan2 mendengar Nasharudin ditahan ISA? haha. Entah. Aku tak ambik tahu sgt hal dia nie.

Kedua, Husam Musa. Salah seorang pemikir terulung dalam PAS. Tetapi beliau bukanlah seorang aktivis. Jarang untuk kita lihat beliau turun dalam membantah sesuatu protes. Antara kata2 hikmah beliau yg aku ingt sampai skrang; Ketika ditanya tentang Salah satu konsert kerajaan PKR selangor yg menunjukkan aksi lucah di atas pentas, beliau dengan tenang menjawab, bukan PAS saja yg berhak menentang Umno, geng2 muda ini pun mempunyai hak menunjukkan penentangan terhadap umno dengan cara mereka sendiri. Jawapan yg penuh hikmah bukan. Sedangkan pemimpin PAS lain lantang menentang mereka2 ini. Bagi aku, perwatakan beliau lebih menyerupai DS Anwar Ibrahim. Smart. Dan beliau juga terkenal sebagai Pro Pakatan.

Ketiga, Mat Sabu. Salah seorang aktivis kegemaran aku dari dulu hingga kini. Seorang yang tak pernah kenal apa itu takut. Yang benar tetap benar bagi beliau. Dalam kes2 Pro pakatan dan Pro Umno, beliau lebih suka menjadi orang tengah. Kerana itu, kita melihat beliau menyibukkan diri dengan aktiviti aktivis seperti perhimpunan Bersih dan yang terbaru anti PPSMI. Ayat terkenal beliau dari dulu hingga kini adalah Anwar Al-Juburi. Sehingga sekrang puak Umno menggunakan ayat ini untuk menentang Anwar. Allhualam.

Antara 3 calon ini, jika ditanya aku, Aku memilih Mat Sabu. Adakah calon2 lain yang pernah masuk ISA lebih dari Mat Sabu? Adakah calon2 lain yang menentang lebih dari Mat Sabu? Adakah calon lain yang sanggup mengetuai perarakan besar seperti Bersih selain Mat Sabu? Jika Mat Sabu dipilih, Aku yakin PAs akan lebih bangun menentang yag batil dan menegakkan kebenaran. InsyaAllah.

Adakah aku penyokong PAs? haha. Apa barang politik. Aku cuma pemerhati bebas yang suka melihat tindak tanduk seseorang politikus dalam menjayakan ideologi politikus beliau. Sama2 kita nantikan keputusan pemilihan tersebut.

P/s Sehingga kini Mat sabu masih tidak mengesahkan menyertai pertandingan. Hati kecil aku berkata yang beliau akan menarik diri. Apapun kita nantikan keputusannya. hari ini adalah hari terakhir mengesahkan bertanding atau tidak.

5 comments:

SRISUFI said...

Salaam Alang.....

semoga semuanya selamat2 aje ye..

TAKBIR...

Na Shari said...

Wah...boleh jadi Penganalisa politik ni. Ganti Razak Baginda. Hihihi...

pauhputik said...

huhuhu politik plak... minat politik ke bro?????

alang said...

To Sri ; InsyaAllah. Moga Semuanya berjalan lancar.

To Kak Na Shari; Hehe. InsyaAllah. Cuma mintak dijauhkan dari tamak haloba. :)

To pauhputik ; Minat Politik? Sikit2 je. Pengulas Bebas. hehe.

patungcendana said...

diplomasi sudah mati...