Iklan

Saturday, May 23, 2009

Datuk Dr. Harun Din dan PAS kini

Beliau merupakan seorang ulamak yg sejati. Jika kita lihat, ciri2 beliau hampir menyamai sifat2 Allahyarham Ust Fadhil Noor, mantan Presiden Pas dan juga TG Nik Aziz. Beliau sentiasa mengambil sikap bertenang dalam menyelesaikan sesuatu kes berlainan dengan sifat TG Hadi Awang yang lebih agresif. Sebelum diGAM memberi ceramah di khayalak ramai, Beliau merupakan seorang penceramah yang sering dijemput memenuhi majlis2 ilmu seperti Al`Kuliyyah. Sebelum menyertai PAS, beliau memegang tanggungjawab besar di Kuala Lumpur yakni, sesiapa yang ingin memberi kuliah agama di Kuala Lumpur haruslah mendapat kebenaran dari beliau. Hebat bukan. Aku juga sering gunakan fakta2 ini untuk memukul sebilangan golongan muda dalam Umno. Harun Din dah masuk PAS, hangpa bila lagi?.hehe. Tapi itu dulu. Di zaman Allahyarham Ust Fadzill Noor. Dimana politik2 tidak dicemari dengan kekalutan,rasuah, puak2 dan sebagainya. Tapi kini politik telah kotor. Dikotorkan oleh puak2 tertentu yang mempunyai kepentingan. Yang gila untuk berkuasa. Yang gila kepada harta dan juga yang gila kepada dunia.

Kita lupakan dahulu soal itu. Apa yang aku ingin katakan adalah mengenai keputusan Dr Harun menarik diri dari bertanding jawatan kanan dalam PAS. Katanya beliau tidak sanggup menanggung amanah. Kenapakah beliau berkata begitu? Allahualam. Mungkin puak2 dalam PAS sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Mungkin arah tuju PAS sudah terkeluar dari matlamat ulamak2 terdahulu.

Ahli2 PAS bila mana ditanya, adakah PAS masih lagi bersatu hati atau berpecah, mereka dengan yakin akan menjawab, kami tidak berpecah, kami wala kepada pemimpin. Haish. Depa ni tak pernah ambil tahu politik semasa ka? Pertandingan PAs kali ini menyaksikan pencalonan paling ramai dalam sejarah PAs. Adakah ini bermakna PAs tidak menuju perpecahan? Naib2 presiden PAs kini, dengan lantang menyerang Presiden Parti. Adakah ini tidak berpecah? Anak TG Nik Aziz sendiri mengakui hal2 ini di dalam blognya.

P/s Dr Harun Din tidak sanggup menerima amanah. Manakala Ir Nizar tidak sanggup melepaskan amanah? Hahaha. Dunia2.

Update: Malam tadi, Malaysiakini melaporkan tentang amaran Dr Harun Din bahawa terdapat puak2 yg ingin memecahbelahkan PAS. Yang menariknya, Harakah dan siasah turut disebut sama. Siapakah Bos kepada Harakah? Renung2kanlah.

3 comments:

anazkia said...

Eh, ko bahasanya dah di seliti bahasa Indonesia :)

Malam ini, di sebelah rumah majikan aku ada TG Nik Abdul Aziz, TG Abdul Hadi Awang pun ada. yang satunya lagi tidak tahu aku, lupa.

Bulan puasa kemarin, aku sempet juga shalat berjama'ah dengan ustadz Harun Din.

Btw, makasih yah koment2nya. Oh ya, aku lama gak lihat postingan Abg Bent, beliau kemana yah...???

Unknown said...

Salam sdr.

Mengikut pengalaman saya, dalam PAS juga ramai yang gila dunia dan tidak amanah.

Saya tidak akan ceritakan di blog sebab akan mungkin mencemarkan perjuangan PAS akibat segelintir dari mereka.

alang said...

To Anazkia ; bahasa diseliti bahasa indonesia?haha. Terpengaruh dengan kamu barangkali.

To mountdweller ; Byk yg masih perlu saya pelajari dari abg,Abg lebih berpengalaman dari saya.
Mohon tunjuk ajar.