Di kesempatan ini, Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada encik2 Polis yang bertungkus lumus menjaga keselamatan dan juga menahan kerenah orang yg perbagai ragam.
Aku terpaksa akui, dalam seratus polis, mesti terdapat seorang dua yg korup. Tetapi, jgn kerana segelintir orang2 ini, kita dengan senangnya melafazkan ayat F*CK polis. Polis kuat makan rasuah dan perlbagai lagi tohmahan. Secara kita tidak sedar, perkataan Polis itu bermakna kita menyatakan seluruh anggota Polis itu bersikap begitu. Di Akhirat kelak, jika mereka2 ini yakni Polis2 yang menjalankan amanah dengan baik menuntut dari kita atas tuduhan menfitnah, apa kita nak jawab kepada yang Maha Esa?
Sahabat2 sekalian, fikirkanlah;
Jika rumah kita dirompak,
Siapa yang datang menyiasat ?
Jika ada adik sedara atau sesiapa yang mati(menggerikan seperti lemas, bunuh diri dan etc),
Adakah kita sendiri yang mengangkat mayat mereka?
Jika ada kemalangan,
Siapa yang sanggup turun pukul 2 3 pagi datang kepada kita?
Jika ada ugutan dan ancaman bunuh,
Siapa yang kita mengadu?
Saya nak tanya saudara2 sekalian, jika ada kemalangan maut berlaku di hadapan saudara, Adakah saudara sanggup mengangkat mayat dan mengambil dompet atau apa2 yang berkaitan untuk mencari maklumat bagi menghubungi ahli keluarga Si Mati?
Seorang rakan saya(anggota polis) berkata, sebagai menjalankan tanggungjawab, beliau terpaksa memeriksa pakaian si mati, ketika itu anggota tubuh si mati 50% hancur "digelek" lori. Saya dengan bergurau berkata, "Tak sangka ang ni berani jugak ya". Jawapan balas beliau mudah, abis tu, ang nak aku suruh orang ramai kat situ pi check pakaian si mati? Tobat depa takmau. Orang2 Melayu kita ni, klau ada kemalangan expecialy maut, berduyun2 tgk. Tolong... hampeh. even nak tolong ubah contoh cam motor ke tepi jalan pun takmau. Apatah lagi nak mengangkat mayat.
Klau ada kes ragut umpamanya, orang2 kita lebih mudah berasa simpati tanpa menghulurkan bantuan. Sedangkan anggota Polis, tanpa mengira nyawa, lebih mementingkan untuk menangkap penjenayah.
Kepada orang2 yang benci dan F*CK kepada polis ni, Saya minta supaya selidik dahulu berapa ramai anggota Polis yang mati ketika bertugas, berapa ramai isteri2 yang menjadi balu dan berapa ramai anak2 yang menjadi yatim. Kemudian barulah katakan anda F*CK polis atau tidak.
Kita sering melenting apabila seseorang penjenayah ditembak mati oleh Polis. Dengan alasan, penjenayah itu tak terbukti penjenayah jika tidak dibicarakan lagi. Tetapi, pernahkah kita mengambil berat ketika anggota polis ditembak oleh penjenayah?
Adakah kerana segelintir polis yang menghalang perhimpunan `aman` kita benci kepada polis? Kita menidakkan pertolongan mereka? Adakah kerana segelintir polis yang makan duit `kopi` kita boleh katakan semua anggota Polis memakan duit kopi?
Entahlah. Taktau aku nak kata apa lagi pasal orang kita. Artikel aku kali ini pun, berterabur semacam.
Cargas.
5 comments:
wah~~ bersemangatnya awk yer... bagus2.. wpun ada segelintir polis yg makan rasuah, tak amanah, tapi masih ada juga segelintir lagi yang sanggup berkorban nyawa demi menjaga keamanan Malaysia...
hidup abg polis!
hehehehe..
Tu Nur Raihan dan Handhalah @ Meor. Takde la, semalam sembang2 ngn en polis. Dia ngadu yang ada sesetengah orang tu, membabi buta je kutuk2 polis. Pastu terus lari.hehe. Entahlah. Mana ada satu kumpulan yang perfect kan. Even dalam golongan alim yakni yg dikenali sebagai ustaz pun, ada jugak yg berperangai buruk dan terlibat dalam kes seperti rogol.
Bener juga khan Lang. terkadang, karena setitik nila, rusak susu sebelanga. Masih banyak polis yang baik. Dan, Allah lebih tahu itu
Post a Comment