Iklan

Monday, September 14, 2009

Demonstrasi Penduduk Seksyen 23 -Kepala Lembu

Artikel ini dibuat untuk menjawab komen oleh Saudara Razifembi

Maaf untuk cakap, sebenarnya aku memang dh lama tunggu orang yg akan berbeza pandangan dengan komen2 lain. Itulah keindahan akal fikiran. Sebab itu di dalam Islam kita disuruh supaya bermusyawarah.

Pertama sekali, aku bukan penyokong kuat mana2 parti politik. Jika ada ingin menyatakan bahawa aku penyokong PKR, sila baca entree pada Saturday, May 2, 2009 Parti Keadilan Rakyat Parti Kaum India? .

Kedua, Aku sokong diadakan perarakan bagi sesiapa yg menentang sesuatu.Kerana itu demokrasi. Pakatan Rakyat juga mengadakan demonstrasi bagi menunjukkan ketidak puasan ati.

Ketiga, Tetapi aku menentang demonstrasi yg menyentuh sensitiviti ugama. Bukankah di dalam Quran ada menyuruh supaya kita tidak mempersendakan agama lain kerana kelak, mereka2 ini akan lebih menghina dan mempersendakan Allah kerana mereka golongan2 yg tidak mengetahui kebenaran.

Akhir kata, Aku secara jujurnya mennyokong demonstrasi selagi ia berlaku dalam keadaan aman. Lagipun penduduk seksyen 23 mungkin terlalu marah dan geram kerana pendapat mereka tidak didengar sama sekali. Cuma klau boleh lakukanlah secara aman tanpa menyentuh sensitiviti. Jika perkara ini berlaku lagi, aku takut ini akan menyebabkan orang2 bukan Islam menggangap Islam ini agama yg tidak bertolenrasi dan tidak adil.

Wallahualam

7 comments:

Werdah said...

salam alang@zaim,

benar tu.. berpegang teguhlah pada tali Allah, jgnlah berpecah belah..(bermesyuarah) semoga akhirnya Allah bukakan juga jalan kemenangan kepada yang benar.. Amiin.

patungcendana said...

kita perlu hormati orang lain jika mahu orang lain hormati kita...kan?

selamat hari raya alang...:-)

Anonymous said...

setelah di baca post ni, aku setuju.
Nak wat demonstrasi jgn lah secara ganas hingga merosakkan harta benda, mencederakan org lain.

Biarlah di buat secara aman. sebagai umat islam, tak pyh ler nak menunjukkan sikap seperti pengganas.. supaya bangsa lain tidak memandang serong pada org islam khususnya.

slmt hari raya aidilfitri...

kimisai said...

setuju3..!!

demontrasi bkn la bermaksud mengganas kan..baik join mafia jek klu nk ganas2..

razifembi said...

Yang Pertamanya :

islam suruh berlaku adil bagi orang bukan islam yang bukan musuh.

Yang Keduanya :

Kamu rasa mereka mcm anda dan aku yang menghormati agama mereka

Yang Ketiga :

Ada cerita juga, yang sebenarnya mereka membawa kepala lembu sebagai simbol, kerajaan Selangor mcm lembu.

alang said...

To razifembi ,

haha. Ya, ada jugak aku dengar yg lembu tu sebagai simbolik kpd kerajaan PR. Sebab tu time PR diketuai oleh PKR membawa lembu untuk mengusung dokumen2 laporan rasuah yg dihantar kepada SPRM aku tentang. Kebudak budakan.

razifembi said...

entahlah Alang ... aku bukan apa.

Sakitttt hati aku...

UMNO pun xpeduli,

PR pun tak peduli,

kang aku tukar jadi hijau...sapa susah..hahha