Iklan

Thursday, September 10, 2009

Pijak Kepala Lembu sambil Bertakbir..

Ni dah kali ke brape dah aku tgk video kepala lembu dalam Malaysia kini. Ni pun gara2 pejabat malaysiakini diserbu dan disiasat. Dalam kepala aku skrang berlegar2 byk pertanyaan dan persoalan antaranya;
  1. Apakah hukum memijak dan menghenjak kepala binatang. (Walaupun aku pemakan lembu, tapi kesian aku tgk kepala lembu tu. )
  2. Ketika ekonomi kita dalam keadaan tak stabil seperti skrang, bukankah ini satu tindakan bodoh. Ini akan menyebabkan reputasi negara kita jatuh di pandangan antarabangsa.
  3. Kita hidup dalam keadaan aman damai skrang( InsyaAllah), tetapi kenapa masih mahu mencari bahana dengan isu perkauman. ( Mustahil dan jumud skali jika golongan pendemostrasi tidak tahu lembu tu tuhan kepada penganut Hindu)
  4. Tidakkah tindakan ini akan menyebabkan golongan bukan Islam memandang buruk tentang Islam. ( Mana taknya, pijak kepala lembu sambil bertakbir....)
Akhir kalam, Seperti kata Pak Lebai dalam video tersebut; golongan pendemonstrasi terdiri dari pelbagai latar belakang politik samada BN atau PR. So, artikel aku nie bukan menghentam Parti politik tertentu tetapi menentang individu yg terlibat sahaja.

11 comments:

Werdah said...

salam,

Allah bagi akal tapi tak mahu guna.. inilah jadinya.. semoga akhirnya mereka menyedari tindakan mereka yang tak betul tu sblm terlambat..

nizaa said...

dorang ni kebanyakan nya emo je lebih bab2 politik ni. cer suh g perang tgk, yang dok depan lantang tu la lari mencicit....

PenaKiri said...

tulisan yang baik.

nak bantah boleh,tapi bukan begini caranya. bukan sahaja kepala lembu, kepala babi pun tak boleh di perlakukan begitu. binatang juga perludi hormati.

mungkin dipadang masyar nanti lembu yang dipijak kepalanya akan menuntut keadilan dihadapan Allah. Kepala lembu hidup yang masih berdarah..

Unknown said...

salam zaim...tulah masa nak buat tak nak fikir..saje aje nak mengenakan pihak satu lagi...

pantang dpt upah semua sanggup nak buat..kan dah menyesal..

saje nak jadikan peristiwa 13 Mei berulang kembali..

kimisai said...

bia lembu tu pijak pulak pale dia kat akhirat ..haha

qieynah said...

huh, bila amarah merajai hati, inilah padahnya....
sama la mcm lembu, bila nak marah, main rodok je orang2 sekeliling...
so salah siapa skrang, manusia ke lembu???

tp kan zaim, kalo kpala lembu tu kita buat sup, kan best!!! bodo punye orang pegi pijak...mkn kat hotel mau beratus jugak!!!

btw, aku dah tau dah kat mana tupai-tupai restaurant.

sumijelly said...

eee...x der akal ker org tu..
ada ker nak di pijak kepala lembu...
memang x dak otak...
huhuhuu.......

sutera putih bertukar pink,,, said...

akai ada ka???
aduuuhaii,,,
eh,,,salam wak,,,singgah,,
;0

patungcendana said...

setuju dengan semua komen diatas...:-)

razifembi said...

Dah marah sangat la tuh ...

bila luahkan pada Pihak Berwajib, tiada tindakan diambil.

Inilah jadinya ... aku pun faham perasaan mereka. kat kg aku ada tokong hindu besar.

Kadang-kadang ada majlis mereka yang show off... mualll aku tgk.

Dulu sebelum di tegur, waktu magrib, waktu azan, mereka akan bunyikan loceng mereka. Suka jadi konflik. Padahal kawasan Melayu. Bila ada event umat Islam, contohnya ramadhan, selalu sangat depa buat majlis juga.

Selain itu, aku nak bagi tau kat area aku ni saja dah ada 4 Tokong Hindu. Tak sampai 4km radius...

Nak kata mcm mana? Sapa yang kena baru tahu lah ... setakat dok komen Islam tak ajar buat mcm tu, memanglah senang. Tu belum sembang bab kambing randuk api lagi ...

Ulasan YB Khalid Samad tentang Khalifah Umar pun aku rasa tak relevan dengan kaitan isu semasa ...

Tak abes2 cakap mempertahankan hak orang lain, agama lain melakukan agama mereka ....

Hak aku, hak agama aku mcm mana?

alang said...
This comment has been removed by the author.