Iklan

Friday, November 6, 2009

Ustaz naik hantu Di Sek Men Teknik Cheras TIKL

Ketika membaca Harian Metro hari nie, aku melayang terbayang kembali ketika detik2 awal aku menjejakkan kaki ke sekolah teknik cheras yg lebih mesra dikenali dengan nama TIKL. 7, 8 tahun telah berlalu. Rasa mcm baru setahun aku meninggalkan alam persekolan. Byk peristiwa suka duka aku alami.

Antara kenangan terawal yg tidak dapat dilupakan ketika menjejakkan kaki ke Tikl adalah perkataan PAFA. Ketika kelas hampir tamat, aku menghampiri Ustaz aku(Ustaz Jusoh) untuk bertanya ada ke tak kelas PAFA petang tu. So dengan selambanya aku bertanya, "Ustad, PAFE ada tak petang nie". Berderai ketawa di kalangan rakan2 yang baru dikenali. Dengan sinis Ustaz membalas; " Saya tahu la kamu nak cakap KL, Tapi jgn la sebut PAFA jadi PAFE.". Aku membalas, " Abistu, sejak saya sampai sini, semua yang ada 'A' belakang tukar jadi 'E'. Saya pun sebut la PAFE. Salah ke Ustaz?". Ustaz dengan tersenyum membalas " Nama Khas tak boleh tukar huruf 'A' dkt belakang jadi 'E'. Paham?"

Malam tu pukul 8, terus aku call mama aku di kampung. " Mak, apit takmau sekolah kat KL dah. Apit nak skolah kat Kedah. Tak kira apapun". Mak aku hanya terkedu. Kemudian gagang bertukar ke tangan Ayahanda aku. " Awat ang nak tukaq skolah". Aku ; " Tak syok sekolah kat sini". Ayahanda membalas; " Syok ka, tak syok ka, ang duduk sana jugak.Paham!". Gagang telepone dihempas dan hanya bunyi tuttttttttt yg kedengaran. Aku kecewa. Aku terpaksa pasrah sambil merenung liku dan ranjau yg aku terpaksa tempuh 2 tahun disini......

Tamat Imbas kembali.

Dalam berita Metro harinie, aku terbaca artikel berkaitan Ustaz naik hantu di TIKL. Ustaz mana Allahualam. Telah lama rasanya aku tidak menjejakkan kaki ke TIKL. Mungkin Ustaz baru atau mungkin juga Ustaz Jusuh yg aku kenali dulu. Klau Ustaz Jusuh yg aku kenali dahulu, sebut saja nama beliau, pasti bergetar penghuni asrama TIKL. Burung2 sanggup berhenti berkicau jika kedengaran tapak kaki beliau melangkah ke Asrama Lelaki. berapa ramai kawan2 aku menjadi mangsa belasahan beliau. Ditumbuk, diterajang telah menjadi asam garam penghuni asrama yg melakukan kesalahan.

Tetapi, beliau pukul bersebab. Klau lah betul beliau yang memukul budak tu, aku berani katakan BUDAK tu yg SALAH. Dalam artikel berita tersebut telah menyatakan budak itu dipanggil ustaz tetapi dengan alasan ustaz berdiam diri. Dia berlalu pegi. Tak kurang ajar ke tu? Pukul sampai berdarah tu, aku taknak komen lebih2. Mungkin secara kebetulan dipukul di tempat yg tak sepatutnya. Apapun aku berdoa, jika benar Ustaz Jusuh yg terlibat Aku doakan semoga beliau dilepaskan dan tidak diambil tindakan. Kepada budak2 TIKL skrang, kini kamu mungkin marah, benci dan geram kepada beliau. Tapi suatu hari nanti, ketika kamu sudah sebaya dengan aku, Kamu pasti akan berterima kasih kepada Beliau.

Terima Kasih Ustaz Jusuh kerana mendidik saya sehingga menjadi Diri saya sekrang.

14 comments:

nurulshari said...

hahahah.
ada ka PAFE. gilos lawak.

Werdah said...

Salam Alang.

Cikgu tak pasti siapa.. cikgu ada membaca berita tu.. dan belum sempat bertanya kwn2 cikgu.

Mudah2an sgl2nya yang berlaku akan diselesaikan dgn baik tak kiralah siapapun yang berslah.

Setiap kejadian itu pasti bersebab.

Cikgu pun berpendapat spt Alang.. tp jika mengamuk tu mesti ada puncanya.. Hanya ustaz tu, pelajar tu dan juga ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

kimisai said...

erkk??
tempat gua orang asli kene sampuk..!!!
hahaah dah la bahasa lawak gile...


ni ustaz ori ke tak ni kene sampuk??

Werdah said...

Salam Alang,

Cikgu dah dpt info.. bkn Ustaz Jusoh.. dan cerita dlm s/khabar tu pun seolah2 ustaz tu mengamuk.. sebenarnya bkn mcm tu pun. dah selesai dah masalah ni..

Kesian Ustaz JUsoh.. ramai yg ingat dia buat macam tu

un said...

PAFE...
in part paling lawak aku rasa...ha3..

nasib baik ayah hang tegas tak bagi tukar sekolah..:)

Anonymous said...

fuh seb bek bkn ust jusoh~

DilOt said...

kdg2 bukan cikgu yg mengamuk,..budak yang nakal tahap max....kes2 berat semua...

BulanBintang said...

Aku plak Ustaz J ketuk dgn kayu sebab aku tido dalam kelas. Tapi bukan cedera parah pun. Ketuk manja je. Tu pun aku tak serik juga. Naib Juara tido la katakann..
Tapi segala kenangan kt TIKL tak dapat kulupakan.. Terasa sayang nak dilepas, terasa rindu nak dilupakan..

Anonymous said...

bukan ustaz JA yg pukol... ustaz yg naik wish.. tpi... berdarah sebab jerawat pecah.. cet~.. pastu bwat cite..

Anonymous said...

ustaz yg pukul tu adalah ustaz yg bg sy tbaik yg pnah mngajar sy..beliau mmg dihormati..pelajar yg dpukul itu batch sama dgn saya..budaknya mmg agk kurang ajar..mmg deserve kena cmtu pn..haha..yg buat bdarah tu sbb ustaz lempang dan batu cincin ustaz kebetulan terbalik dan terkena kening..wallahualam

Unknown said...

Ustaz jusoh ustaz kesygan ku.....sgt kelaka...x penah klu dia ckp, soh salin nota, atau bg tazkirah mghrib yg aku x gelak.... hehe...

Unknown said...

Ustaz jusoh ustaz kesygan ku.....sgt kelaka...x penah klu dia ckp, soh salin nota, atau bg tazkirah mghrib yg aku x gelak.... hehe...

Unknown said...

fyi, it would be sad for me. ustaz jusoh retire tahun ni :-(

ayyub said...

ustaz ja nak retire dah :'(