Iklan

Wednesday, February 3, 2010

kISAH aKU 1 - kUALA lUMPUR

Tahun 2001,

Tahun pertama aku menjejakkan kaki untuk menjadi warga kotaraya. Tahun aku mengenal apa itu erti kehidupan. Suasana kotaraya ini banyak merubah perjalanan hidupku. Disini aku mengenal apa itu Dunia. Disini aku mengenal apa itu syurga dan disini juga aku mengenal apa itu neraka. Aku suka menghabiskan masa2 lapangku dengan melepak di Lorong2 chowkit sambil dipujuk oleh bapak2 ayam disana dengn ayat "Adik, 18, 19 semua ada. Sabah, sarawak, philipina pun ada"haha. Alhamdulillah aku tak pernah termakan pujuk rayu dari bapak2 ayam kat situ..

Kadang2 aku melepak dipinggiran CM sambil melayan seniman jalanan yg jauh lebih berkualiti dari penyanyi masa kini. Melihat barangan2 t-shirt or kraftangan yg berkali ganda lebih murah jika dibandingkan dengan masa kini. CM time tu famous dengan kaki "POW" warga Pantai Timur. Alhamdulillah aku tak pernah kena.

Klau boring aku lepak kat KLCC yg time tu menjadi kebanggaan warga Kota sambil melihat dan melayan kerenah anak2 muda dengan pelbagai ideologi. Bukan sesuatu yg asing pada tahun itu untuk melihat budak Punk, Grunge , Skinhead dan juga Hiphop melepak dihadapan bangunan KLCC sambil membentuk bulatan mengikut kumpulan masing2. Teringat aku pada dua kedai 'Maplei' belakang KLCC. Port anak2 muda yg tidak mampu untuk makan di dalam KLCC melepak sambil menikmati roti kosong dan nasi Kandaq. Aku rasa kedai tu dah pupus dah sekrang.

Zaman tu, Sogo, Pertama dan Cambell dikenali dengan nama segitiga emas KL. Cambell aku selalu pergi klau nak cari kaset2 lagu underground, baju, badge or apa saja. First time aku pegi sana klau tak silap aku, nak cari kaset Carburetor Dong. Time tu zaman DIY untuk pemuzik underground. So, susah nk cari kaset2 mcm tu.

Bangunan Kotaraya (berhadapan jalan Silang) jadi port untuk melepak, jumpa kawan2 sambil melayan snooker segame dua. Entah mcm mana keadaan Kotaraya skrang. lama aku tak g singgah sana..

Kuala Lumpur~ Seribu makna. ;)

6 comments:

anazkia said...

Lame tak singgah kat sini. Seru juga baca kisahnya perjalanan di Kualalumpur. Nggak bed ajauh sama Jakarta kali yah? sayang, saya nggak pernah menetap di jakarta. Malah, nyangkut di Malaysia.. :)

prettyrain said...

jom saya bawak awak jenjalan balik kat area tu. tp awk sudi ke klua dgn saya? uhuhu

Werdah said...

salam Alang.

Alhamdulillah krn tak terlibat benda2 tu semua.

Faizal@PeJAY said...

yeke lama tak pi KL.tak caya aku..

patungcendana said...

kau kat mana sekarang?

re:...didalam hutan yang gelap...aku kehilangan jalan lurus itu...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

dunia di mana pun sama rupanya
di seberang laut jauh dari kl
bakat di hargai
aku ridu tak berpenghujung pada kuala lumpur ketika itu