Iklan

Tuesday, April 27, 2010

SYABAS PDRM

Syabas kerana anda telah berjaya MEMBUNUH seorang remaja atau lebih manis dipanggil KANAK2 kerana melarikan diri dari ditahan. Syabas kerana pihak pengurusan anda hanya menukarkan jadual tugas anda dari polis peronda kepada polis pejabat. Sedangkan jika orang awam yg dikenakan kes seperti itu(walaupun dengan niat mempertahankan diri) pasti akan merengkok seketika didalam lokap.

Wahai mat2 rempit, adik2 yg tidak punya lesen memandu, abang2 yg memandu kenderaan tanpa cukai jalan. Nasihatku, berhentilah apabila ditahan anggota PDRM. Sanggupkah anda mati HANYA kerana melarikan diri dari ROADBLOCK? Melarikan diri dari saman yg tak sampai RM300.
( dengaq crita aritu nak naik sampai Seribu. Gila).

Aku juga pernah melarikan diri dari roadblock dahulukala kerana tidak mempunyai cukai jalan, memandu melulu( merempit), tiada stiker "P" dan pelbagai kesalahan lain. Aku masih ingt satu kejadian. Aku teman member aku naik keta mak dia. Tanpa lesen, kami selamba jalan g Perlis. Tiba2 ada roadblok kat jalan, apa lagi, patah balik dan memecut laju melarikan diri. Ada PDRM yg kejar. Alhamdulillah dapat lepaskan diri. :) . Tapi kini,aku tidak lagi. Aku lebih rela disaman dari DIBUNUH.


P/s Inilah terjadi bilamana orang2 samseng kampung, penagih dadah(yg berhenti seketika sebelum mendaftar menjadi anggota PDRM), penyamun2, peragut2 , mat rempit( mat rempit yg jahat, bukan yg baik) dilantik, dipilih menjadi anggota PDRM....aku sendiri yg menjadi saksi mereka2 yg dulunya sampah masyarakat ini menjadi org yg berKUASA. WALAU bagaimanapun, ada jugak anggota2 PDRM yg menjalankan tugas dengan jujur dan amanah. Aku juga ada rakan yg menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Malangnya kerana segelintir anggota2 gila babi mcm ni. Seluruh pasukan terpalit dengan jenayah BODOH ini. hmmm.

Malaysia sudah tidak aman lagi. Manusia2 yg jahat dan rakus berada di mana2. Aku sendiri sudah tidak rasa AMAN di Malaysia. Apa perlu aku lakukan? Aku tak punya uang berjuta2 untuk melarikan diri ke luar negara. Aku tak punya harta berganda seperti ahli2 politik yg kerap berhari raya, berGongXi Fachai yg berThaipusam di LOndon, New York or Myb Thailand?


Sekian Wassalam.
Al-Fatihah untuk Adik Aminulrasyid. Moga Allah S.W.T menempatkan adik dikalangan orang2 yg dizalimi. Amin.

4 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku gembira betul dengan berta tu... aku rasa nak melompat keringan di sec 11 shah alam

alang said...

hehe. Lompat je buat per. Jom karaeoke seround dua. hehe.


aku pernah sound pasal polis tak berlaku adil dalam kes Benji. Tapi ada dua tiga yg BULAT2 percaya benji salah. Tapi skrang kes budak 15 tahun nie. Taktau la apa yg berita PERDANA akan putar belit lepas nie. Mungkin timbul bukti2 baru mcm dadah dalam keta; rakan dia tu pernah bunuh orang or sebagainya.

P/s seribu satu alasan boleh dicari untuk menipu manusia. tapi tidak Allah.

Ryehanna said...

serius sedih gile benda ni jadi.. dahle br form 3.. xpasal2 meninggal dunia sbb benda ni.. smpai hati polis tu tembak... kt kepala lak tu...

hancur luluh hati aku kalau jd mak budak tu...

T___T

WNA said...

hmm tak tau la sape yg nk disalahkan. pengajarannye, jln la lari dari roadblock. huhu.