Iklan

Friday, April 30, 2010

Warkah untuk Adik Aminul Rasyid

Adik. Abg tak pernah kenal adik.
Abg hanya kenal adik dari rakan2 abg, rakan2 adik, laporan polis dan pelbagai lagi laporan di media cetak. Ada yg menyokong. Tapi ada pula yg menentang dirimu. Siapa kita untuk menolak pemikiraN cetek dan sempit segelintir dari mereka2 ni.

Adik, tadi masa abg buka 'Facebook' abg. Abg baca banyak benda yg buruk2 tentang adik. ABg rasa sedih sgt. Abg bukan sedih untuk adik. Tetapi abg sedih untuk mereka2 yg menfitnah adik. Apa la azab yg akan dikenakan mereka kelak ye. Adik nak tau ke apa yg mereka fitnah adik. Ni abg ada copy paste skit untuk tatapan adik.






Dari komen2 yg abg baca nie. Abg sedih. Abg sedih kerana diorang ni ibarakat kata cikgu abg dulu2 bodoh sombong. Diorang tuduh adik lari sekatan jalan raya? Sekatan apa yg ada? Cuma dikejar kerana terlampau takut ada la. Diorang tuduh adik ni nak langgar melulu. Apa ke bodoh sgt diorang nk tuduh mcm tu. Time tu kenderaan adik dah terbabas ke dalam LONGKANG. Klau nak undur keta pun tak mungkin akan selaju sehingga boleh mengamcam nyawa adik. Dah la macam tu, Diorang tuduh adik bawak parang dan menyamun. Subhanallah. Betapa besarnya pahala yg adik dapat.

Dah la diorang tembak adik tepat dikepala. Diorang buat fitnah yg MAHA dasyat plak utk adik.
Adik, Hari ni susulan kes adik, Ketua Polis Negara buat kenyataan, akan tarik balik anggota2 dia dari menjaga Keselamatan Rakyat. Tak profesionalkan. Dia sedar ke tak, duit gaji yg dia dapat tu rakyat yg bayar? Rakyat marah kerana Polis tidak mengikut prosedur yg ditetapkan. Yg dia nk buat kenyataan tak profesional tu nak buat apa? Klau dia dah kecewa sangat, letak jawatan saja. Kan ke senang.

Adik, abg ada tgk wajah paling baru adik sebelum meninggal. tahukah adik yg tapak tangan abg saja dah muat untuk tampaq satu muka adik. Hmm. Abg tak boleh pikir apa ancaman yg ada untuk adik merompak dan menyamun seperti laporan akhbar2 BODOH. Dah la Bodoh, takde mintak maaf sampai skrang.

4 comments:

Syariniey Amran said...

masyALLAH~
xbaik menghukum orang macam tu
sepatutnya xperlua nak bercakap bukan2 pasal orang yang dah xde..

ain fathihah fhm said...

kalaupun benar adik aminul rasyid bersalah, dia tetap seorang juvana.

masih bawah umur..

agaknya polis seronok testing2 tembak orang macam tu


BANGG!!! kena.
mati.

BINGGO!

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

sebak dan sedih.
sbb tu aku tak mampu utk tulis entry pasal adik ni ha.

setiap kali baca. aku nangis. huhu. aku tak kenal dia. tapi.. entah rasa hati kuat kata adik ni tak salah.

moga kau selamat dik.

pasal polis. siapa yang salah. terimalah hukuman sewajarnya. biar kat dunia kena. kelak akhirat? nak jwb macam mana ooo?

huhuh.

alang said...

syarinie: Tu la. Sepatutnya diorang2 nie patut mintak maaf secara terbuka termasuk akhbar/media perdana kerana melaporkan sesuatu yg memalukan keluarga Allahyarham.

Ain: Amboii. Ingat main game ke bleh BANGG orang mcm tu jee.

Handhalah: Aku tak boleh bayangkan perasaan ahli keluarga Allahyarham apabila anak/adik diorang kena tuduh tuduhan melampau mcm nie.Setahu aku, Ibu adik nie ibu tunggal. Hmm. Ntah la. Berat dugaan dia.