Iklan

Tuesday, May 13, 2008

Hari Ini Dan Semalam

Semalam,
Aku hidup dalam duniaku sendiri. Tapi Hari ini aku hidup dalam kepuraan. Semalam, Aku berbahasa Melayu dengan orang Melayu,Bangsaku sendiri,tapi HAri ini Aku terpaksa berbahasa penjajah dengan bangsaku sendiri. Ironinya, semalam aku berbahasa penjajah dengan bukan bangsaku tapi hari ini Aku berbahasa Melayu dengan kaum2 lain itu. Anehkan dunia baru ku ini. . Penuh dengan kepuraan. Adakah ini namanya korporat ataupun keparat??? hahaha. Entah. Hanya mereka yang dapat memberikan jawapan itu.

Semalam,
Aku keluar dengan berpakaian jeans lusuh dan t-shirt roundneck. Tapi hari ini aku berpakaiaan kemeja dan seluar slack. Semalam rambutku serabut tidak terurus. Hari ini rambutku bersisip rapi. Semalam aku masih bercakap "hang" dan "aku" or "engkau" dan "kamu" . Hari ini aku bercakap " i " and "U".

Tapi, walau brapa hari or brapa malam sekalipun, selagi bumi dipijak dan langit dijunjung, Aku tetap aku. Walaaupun drastik manapun perubahan luaranku, isinya tetap sama. Aku tetap seorang aku. Anak muda yg datang dari kampung....

1 comment:

juz call me sn0w said...

syg, chayok2!!!!
itula dunia yg kita kne hadapi jugk, lambat atau cepat je.. dunia yg penuh pura-pura.... so sabar eh....
all the best for u