Salam
Aku dah lama terlibat dalam politik. Ayah aku org kuat PAS kawasan bukit raya parlimen pendang.Mak aku org kuat PAS kawasan Kuala kedah dun teluk kechai. Ramai kaum kerabat sedara aku org PAS. Tapi kenapa aku memilih UMNO?Hehe. Sebelum tu aku nak crita pasal diri aku. Tahun 1999 dimana Tahun kebangkita PAS di kedah. Aku salah sorang anak muda yg terlibat secara langsung memasang PANJI2 PAS di kawasan mergong dan kawasan anak bukit. Aku ambil bendera dekat markas PAS Perumahan awam mergong dekat tingkat dua bangunan kedai.AKu juga ambik bendera dekat markas PAS tanah merah ,anak bukit. Time tu ramai ahli keluarga Allayarham Cikgu sukri yg menjaga markas PAS anak bukit.
Demi Allah aku pasang bendera2 PAS bukan sebab duit dan kuasa. Aku ingat pesan Utz aku,Ustaz Ramlee. Siapa yg kata Hukum hudud tidak dpt dilaksanakan di Malaysia bermakna menolak Al`Quran. Kerana hukum hudud tertulis dalam Al`Quran. Secara tak langsung mereka menyatakan Al`Quran tidak sesuai diamalkan di Malaysia. Siapa yg menolak Al`Quran apa hukumnya? Allahualam. Time tu ramai rakan2 aku yg pasang bendera untuk UMNO akan dapat 20 ke 30 ringgit dan mungkin lebih.(majoriti mereka tinggal kat Flat Mergong depan skolah STAR). Aku pasang bendera@ panji2 PAS tanpa mengharapkan habuan. Yg aku dapat sepinggan bihun goreng di markas PAS tanah merah,anak bukit.Aku amat hormat dan menyanjung Pemimpin PAS time tu Allayarham Dato` Ust Fadzil Noor.Time beliau meninggal di HUKM aku antara org@penyokong Allahyarham yg ada dekat situ,Bandar tun razak.Tahun 99 juga menyaksikan dalam sejarah PAS menang banyak kerusi dun Melayu dan paling mengembirakan PAS menang 8 PArlimen dari 14 parlimen di kedah.Pilihan raya 2004 menyaksikan kemerosotan PAS.Bukan sebab org melayu dah berpaling tadah.Tp sebab perpecahan @ persempadanan semula kawsan pengundian ,PAS kalah byk kawasan. Kenapa kini aku sokong UMNO? kerana aku menentang keras PAS bergabung dengan ADIL. Parti yg wujud hasil dari ketidak puasan hati pemimpin UMNO sama seperti S46.
Ayah aku pernah cakap dulu,walaupun dia PAS,tapi klau kawasan dia S46 bertemu dgn UMNO dia rela undi Umno dari S46 sedangkan S46 bergabung dngn PAS time tu. Aku tentang Adil kerana prinsip asas penubuhan parti ini bukan untuk memperjuangkan ISlam di Malaysia.Mereka inilah yg menyebabkan Melayu berpecah. Kenapa tidak Yg melayu masuk PAS,yg bukan melayu masuk DAP. Kenapa nak ditubuhkan ADIL? Dalam post2 aku sebelum ni aku tak pernah kutuk PAS. Aku hanya kutuk Adil kerana bersikap bermuka2. Habis tu,Klau Najib tun razak digulingkan dengan kes Altantuya. Dan selepas 6 tahun dia terbukti tak bersalah.Adakah dia akan menubuhkan Partinya sendiri seperti Anwar Ibrahim dengan alasan ada konspirasi untuk menjatuhkan dia.
Aku cabar siapa yg kata Najib bersalah memberi bukti2 yg sepatutnya.Jgn hanya menuduh.Dalam Islam sendiri untuk menuduh seseorang harus mempunyai bukti. Klau Najib tidak bersalah apa yg akan kita jawab di Akhirat kelak di dalam Mahkamah Allah kenapa menuduh seseorang tanpa terbukti dia bersalah? Klau siapa yg masih tak paham konsep hukum dalam Al`Quran boleh dengar ceramah Mufti Perlis dalam youtube mengenai kes Azhar Mansor. Mufti Perlis juga dikutuk dengan menyatakan beliau bapak setan dan sebagainya. Apa ini???Siapa Badrul Amin ni? Dia ni lulusan undang2. Siapa dia nak mempertikaikan mufti Perlis. Gila.Nama depan Ustz,tapi menyamakan ulamak dengan bapak setan. Apaaa niiii!!!! Ni la org yg gila kuasa. Kenapa kerana kuasa org Islam sanggup menuduh seseorang yg Berilmu seperti Dr Asri?Perlu diingat yg mufti perlis juga ada menegur Kerajaan tetapi tidak pula pemimpin kerajaan kata Dr Asri bapak setan. Pikir2 kan lah. Aku tak nafikan dalam UMNO byk golongan yg buta agama. Walaupun org berilmu seperti mashitah tetap buta agama kerana gilakan kuasa. Adakah salah aku masuk UMNO,dampingi UMNO untuk mengubah.Untuk menasihati pemimpin2 umno?Setiap org ada cara sendiri utk berjuang. Aku terfikir,Jika Anwar Ibrahim tak dijatuhkan dengn konspirasi politik adakah beliau akan menjadikan Malaysia Negara ISLAM? Haha. Tak mungkin. Org2 dalam politik ini semuanya lidah bercabang. Baca artikel ini. http://www.malaysiakini.com/letters/77001PAS menang besar 1999 kerana semangat ISLAM. PAS menang besar 2008 kerana pengaruh Anwar Ibrahim bukan kerana prinsip utk menubuhkan negara Islam.
Lihat Ezam. Suatu ketika dulu dia lantang berdemonstrasi mengakkan keadilan. Pernah ditahan ISA.Tapi apa jadi pada dirinya kini? Aku bukan nak menfitnah,cuma pendapat aku dia masuk UMNO kerana wang.Bukan kuasa,kerana UMNO tgh lemah dan kacau bilau. Tak mustahil Anwar Ibrahim akan berubah apabila sudah mendapat kuasa seperti yg terjadi pada Menteri besar selanor kini. yg menyembunyikan akaun kedua daripada pengethuan PAS. Ingatlah saudara2ku,klau org berpolitik bukan untuk menegakkan ISLAM,aku yakin suatu ketika nanti mereka akan berubah kerana kuasa dan wang ringgit.Aku masuk UMNO kerana aku ada perjuangan aku sendiri. Di samping itu aku hormati hak2 saudara2 dalam barisan rakyat. Aku sentiasa mendoakan ISLAM dapat ditegakkan di Malaysia. Itu hak dan pandangan aku. Saudara2 juga mempunyai hak dan perjuangan saudara sendiri. Salam.
No comments:
Post a Comment