Sang Alam sedang merintih.
Sang Alam sedang menangis,
Mengenangkan nasib diri.
Yang dianggap tidak punya hati dan perasaan.
Oleh binatang2 yang mengaku khalifah kepada Sang Alam.
Alam mengeluh,
Kenapa tubuhnya dirobek,
Dtikam, dikoyak semahu2 mahunya.
Gunung ganang ditarah dengan penuh rakus,
Lalu diganti dengan gunung2 tiruan,
Yang bersepah di Bandar yang dipanggil KL.
Tidakkah binatang2 itu sedar,
Gunung ganang itu pasak kepada Sang Alam?
Tidakkah binatang2 itu sedar,
Tanpa pasak, maka runtuhlah kulit Sang Alam,
Tersembulah isi perut Sang Alam,
Maka terjadilah bencana2.
Apakah binatang itu fikir teknologi mampu menyelamatkan mereka?
Lihatlah berapa juta dihabiskan,
Untuk projek yang bernama SMART,
Apakah SMART berkuasa menghilangkan bencana,
Yang menimpa Sang Alam?
Tidakkah binatang2 itu mempunyai hati perut,
Mengapa Alam sering disiksa,
Sedangkan mereka hidup atas belas ihsan Sang Alam?
Apakah binatang2 itu fikir,
Mereka diutuskan menjadi khalifah oleh Yang Satu,
Hanya untuk merosakkan Alam?
Bukankah Yang Satu sering mengingatkan,
Masa itu satu kerugian kepada orang2 yang tidak mahu berfikir.
Tetapi, binatang tetap binatang,
Hawa nafsu serakah menjadi ikutan,
Akal fikiran jauh dicampak ke longkang.
Wahai binatang2 sekalian Alam,
Sekali Sang Alam mengamuk,
Maka runtuhlah perumahan `elit` Bukit Antarabangsa,
Maka tenggelamlah lah kawasan sekitar PWTC,
Banjir melanda tanpa diduga,
Tanah runtuh tanpa sempat dihitung.
Tidakkah binatang2 ini mahu mengambil pengajaran,
Dari tragedi Highland Tower?
Dari sumpahan sang Tsunami?
Dari batukan jerebu Sumatera?
Binatang tetap binatang,
Sekali hawa nafsu serakah menjadi ikutan,
Tiada bezanya orang yang mengaku khalifah dan binatang2.
P/s tulisan ini dihasilkan untuk mengambarkan kemarahan penulis tentang pencemaran, pencerobohan hutan untuk hasil balak, tanah bukit2 diambil untuk tujuan pembinaan dan sebagainya. Marilah kita sama2 menjaga isi alam. :D
16 comments:
mendalam maksud lu ni.
lu mmg cintakan kedamaian.
Tumben nih, berpuisi. ternyata, karyamu lebih luar biasa. Bravo!
Simple...kalau naik kereta...jgn buang sampah keluar...sayangi alam kita...
To prettyrain; Salahkah aku mencintai kedamaian dan juga keindahan. :D
To Ana; :) Tak ada apa yg luar biasanya. Aku cuma tidak mampu lagi melihat isi alam dirosakkan oleh orang2 yang tamak dan rakus.
To Ainerza; Yes, betul cakap kamu. Takde kesedaran sivik langsung orang zaman skrang. Ajarlah anak2 dengan dimulai dari tidak membuang sampah dari kereta. :)
mmg pencinta alam.
alang, ko bleh register kat jabatan pencinta alam.
baguih2!
To handhalah; Amboi. Perli nampak.haha. Jom karaoke nak? Lagu bangau.hehe
SMART dah tak SMART bro...
si pembuatnya dah rabun...
alahai
Smile jer.
apalah sgt kuasa sang alam
kalau nak dbandingkan dgn kuasa sang menteri
To Sri; Dalam maksudmu. :D
To Tok Batin Senoi; Senyuman itu satu keindahan.
To Bro A.B ; haha.Sang Menteri yg tak ubah seperti binatang2 yg sering membuli Sang Alam.
hamba rkyat juga yg jadi mgsa bila bumi mnari
Hamba rakyat yang tidak tahu menari sahaja menjadi mangsa. Hamba rakyat yang tahu menari, Akan menari mengikut rentak Sang Menteri, terus dilimpahkan segala kemewahan duniawi.
jangan menangis wahai sang alam
aku menyayangimu siang dan malam
di pinggir senjamu yang makin kusam
hilaian tawa kedengaran kejam
menutupi jeritan batin sang alam
ibarat bahtera yang kian tenggelam
salam perkenalan... :-)
To patung cendana; Bahasa yang indah dari seseorang yang juga indah. :)
hok syair ke apa nie???? best bro, cam anak didik a samad said je......
pape pon sokong ko cintakan alam
bkn perli puji la alng.
hehehe.
jom karoke.
bangau oh bangau.
kenapa engkau kurus.
macam mana aku tak kurus.
tiap2 ptg aku joging ngan alang.
hahahaha.
Post a Comment