Iklan

Monday, June 1, 2009

Relevankah Cin Peng Dibenarkan kembali Ke Malaysia



Kini heboh tentang isu cinpeng hendak dibenarkan pulang ke Malaysia. Ada sesetengah bloger yg mengaitkan isu ini dengan sifat perkauman. Apa yang ingin saya tegaskan disini, tidak timbul isu Melayu, Cina dan India dalam hal ini. PKM seperti yg kita ketahui dianggotai oleh Cina dan juga Melayu. Kenapa isu bangsa dibangkitkan. Apapun, ini adalah Komen saya dalam satu blog yg pada pendapat saya, Tuan punya blog ingin Cin Peng kembali menetap di Malaysia...

Salam

Dari apa yg saudara tulis, dapat saya simpulkan bahawa saudara membenarkan cinpeng kembali ke Malaysia dengan alasan dia sudah tua dan pkm tidak mengamcam keselamatan malaysia. Saya nak tanya saudara, Maaf ckp, klau anak bini saudara dirogol dan dibunuh oleh cinpeng. Kemudian beliau menghilangkan diri selama 60 tahun. Dan tiba2 ingin kembali ke kawasan anda. Adakah anda akan biarkan begitu saja? Undang2 mana saudara pakai? Memang adat peperangan mati hidup semua telah ditentukan. tetapi bagaimana nasib orang2 kampung yang dibunuh oleh pkm? tahukah saudara berapa ramai orang melayu `awam` dibunuh ketika pkm berkuasa selama 13 hari di Malaysia? Pernahkah saudara mendengar ketika berkuasa, pkm membawa masuk babi ke dalam masjid? pernahkah saudara ke kampung2 terutamanya di baling kedah dan bertanya hal2 ini kepada orang tua disana, bagaimana komunis dengan rakus menembak dan membunuh orang kampung. Merampas harta2 dan makanan orang kampung. (kawasan lain saya tak tau).

Saudara pikir dengan akal, apakah jenayah akan terhapus seiring dengan masa? Sepatutnya cinpeng ditangkap dan dibicarakan di malaysia atas hukuman membunuh beramai2. Tetapi kerana perjanjian, kerajaan terpaksa membiarkan cinpeng hidup. Rashid maidin pun sehingga mati tidak dibenarkan pulang ke malaysia. Saudara boleh bukak website komunis yg heboh diperkatan sekrang. Melayu juga ramai yg dihalang memasuki Malaysia. Klau ada pun anggota Pkm yg memasuki malaysia, adalah atas sebab2 tertentu tetapi tetap tidak dibenarkan menetap di Malaysia. Apapun, sebelum menulis sesuatu yg bukan bidang kita, diharap saudara dapat membuat penyelidikan walaupun sedikit. Kerana apa yg kita tulis pasti akan ada hitungan dari Nya.

p/s Cina india bukanlah isu dalam hal ini.

Maaf andai fakta saya tidak tepat dan masih kekurangan. Dan maaf andai saya terkasar bahasa.

21 comments:

Na Shari said...

Akak sokong Zaim...Walaupun benda tu dah lama berlalu, tapi tak mungkin orang boleh lupa kekejaman Chin Peng dan sekutunya...

Cuba bayangkan perasaan ahli keluarga semua mangsa yang terlibat...Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

tak payah la bwk masuk chin peng tu. ramai lagi pengkhianat bangsa dlm Malaysia ni yang perlu dibawak keluar. betul?? hehehe

re:
tekaan anda salah. harap maklum. hehehe

TokBatinSenoi said...

Arwah bapak tok dulu kerja sebagai penterjermah bahasa Inggeris ngan askar British diPusing, Perak.

Kepalanya ditembak olih komunis, dengan takdir Tuhan... repair punye repair.. ok lah balik.. tetapi agak sewel ler sikit.

Komunis nih sebenarnya sangat benci ngan orang British kerana menjajah Malaya. Banyak ahli2 komunis adalah orang2 melayu/ Islam dan cina.samsiah fakih, rasyid Maidin, che' dat. Chin Peng.

Bapa tok bercerita.. komunis nih sebenarnye ta' zalim.. Dia orang berperang ngan orang2 yang pro British. Ngan orang2 kampong, mereka ok jer. Bahkan orang2 kampong lah yang membantu mereka.

Sejarah Malaya telah diputar belitkan olih ahli2 politik yang rakus dan pro British, dengan drama2 yang diulang2 olih yang pro British.

Kalu benar mereka nih salah mengapa kerajaan m'sia tak extradisi mereka kembali ke m'sia?.. Bahkan tempat dia orang kene buang negeri hanya kat sempadan m'sia thailand jer.

Komunis tak menyeksa rakyat dan orang2 kampong.. yang menyiksa rakyat ialah askar2 jepun.

Ini cerita yang tok dengar dari arwah bapak, tok, opah, moyang.. Dan mak tok masih lagi ade.. dan pernah hidup di zaman komunis.. dan dia pun kate askar komunis tuh ok jer.. yang jahat askar jepun.

semoga kita renung kembali kepada fakta2, bukanye dari sejarah yang diselewengkan. tks

anazkia said...

Ramai ya berita ini di surat kabar. Yang nulis sendiri apa khabar? lama tak singgah :)

ZHARIF BADRUL said...

salam
Tak perlulah bawak masuk balik Chin Peng ke Malaysia.Bukan ada manfaat pun. Dia pun tak boleh jadi ikon sejarah untuk generasi muda sekarang.
Kalau betul mereka hanya lawan Brtish tu yang sampai masjid kena bakar kat negeri sembilan atau kat Perak tu apa cerita? Siapa yang femeskan seksaan memerah limau nipis di tempat yang dikelar?

TokBatinSenoi said...

jawapannye straight foward jer. British mmg bijak melaga2kan kaum2, hinggakan kita ta' mampu melihat trik dan hoaxnya.

Sultan original Perak pun bolih kena humban kepulau seyceiles.

Dizaman moden nih, DiIraq Islam sunnah sama Islam syiah pun bolih berbunuh2.. beratus2 ribu kojol. Inikan pulak melayu ngan cina kat sungai manik.. lagi simple, mcm goreng cempedak jer.Afghan ngan afghan, afghan ngan pakistan, hamas ngan fatah... ish banyak lagi leh. hizbullah ngan puak arab hariry di lubnan.

Orang2 muda sebenarnya ta' tahu citer nih. Yang membakar masjid tuh adalah kuncu2 british.

alang said...

To Kak Na Shari, Hazerin,anazkia dan zharif, thank sudi komen dan meluahkan pendapat.Setiap orang ada hak untuk menyatakan pendapat masing2.

To tok batin, mungkin di sesetengah tempat komunis baik. tetapi di sesetengah tempat kejam. komunis dikatakan membalas dendam terutama kepada orang melayu yg sering menyalurkan maklumat kepada jepun ketika jepun memerintah. Apapun, dari byk blog yg saya baca, tok boleh baca blog ni http://jasasikin.blogspot.com/ . Blog ni menceritakan pengalaman penulis berhadapan dengan tindakan gila pihak komunis terhadap orang kampung di Baling Kedah. Yg bab perjanjian tu, oleh kerana ramai tentera kita yg terkorban dan tak kurang juga hilang anggota badan, kerajaan pada masa itu terpaksa mengikut syarat perjanjian oleh pkm yakni tidak mengenakan apa2 tindakan terhadap anggota pkm. Oleh kerana mustahil untuk menghapuskan pkm pada masa itu dan pkm juga agak mustahil untuk menawan malaysia, maka perjanjian itu dimetrai. Apapun mcm tok ckp la, sejarah itu berdasarkan pendapat penulis sejarah itu sendiri. Sejarah juga boleh berubah seiring dengan zaman seperti hang jebat pernah dianggap derhaka dan dibenci suatu ketika dulu, tetapi kini diangkat menjadi wira keadilan. (bukan keADILan). hehe. Sebab itulah klau kita selongkar karya sejarah sarjana barat, maharajalela dan ramai pahlawan melayu dianggap pemberontak tetapi di malaysia mereka dianggap wira.

Apapun pendapat tok saya akui ada kebenarannya. Bukankah itu namanya keindahan `fikiran`. Setiap pendapat pasti akan wujud perbedaan.

TokBatinSenoi said...

apa yang tok ceritakan cuma untuk tok sendiri.. orang lain wat per na' ikut lak.. idea2 spontan katekan.. fiction2 n matrix2.

kalu tok melompat dari kl twin tower... na' follow juge ker?

masing2 ada fungsi dan idea masing2.. jangan putus asa.. teruskan berjuang dalam cara apa sekalipun, kalu ta' sengal lak kepala.. boring. lagi pun bukannya ade salah dan benor.Tok suke2 meghapu dan usik2 jer.. kalu nak marah, marah ler.

alang said...

To tok batin. Uik, takkan merajuk tok. Tak rock le mcm nie.hehe. Klau tok ada payung terjun lebih, ok gak. Sekali sekala terjun klcc.hehe.

Samurouh Bin Razali said...

Jika diungkit semula kisah lama maka ini akan membangkitkan semula nostalgia era kolonialisme. Soal penjajahan komunis dan komunisme kini dilihat sebagai suatu yang tragis, sadis dan menghiris hati para tentera, sedangkan penjajahan British seolah-olah sebaliknya. Biarpun ini kisah lama, antara ‘green jungle’ dan ‘khaki brown’, namun yang perlu kita perhatikan adalah nasib umat (rakyat), apakah telah terbela maruah, harta dan nyawa hanya dengan bernostalgia?

Noe-imperialisme yang melanda dunia melalui penjajahan kapitalisme-demokrasi yang sangat licik (halus) oleh Amerika dan dunia Barat ke atas umat Islam sebenarnya lebih patut diberi tumpuan. Hari ini, kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung oleh umat sangat signifikan dan harus dijadikan isu yang perlu difikirkan, disedari dan diatasi. Bukan sekadar komunis dan komunisme sahaja yang perlu dibentengi dari masuk, kapitalisme-demokrasi juga merupakan ideologi kufur yang perlu kita singkirkan dari kehidupan kita tatkala ini.

Di kala Amerika, melalui usaha neo-imperialismenya, menyerang dan membantai kaum Muslimin di seluruh belahan negara-negara umat Islam, apakah kita tidak merasa ‘terguris’ dan apakah dengan terguris hati tanpa berbuat sesuatu dapat menyelesaikan masalah atau mengubah sejarah? Ya, kita perlukan perubahan. Alternatifnya adalah kembali kepada kehidupan Islam. Kegemilangan yang pernah dicapai dalam ketamadunan Khilafah sepanjang lebih kurang 1400 tahun akan kembali mewarnai dunia Islam. Tak perlulah lagi kita hanya melayan emosi, yang patah akan tumbuh, yang hilang pasti berganti!

alang said...

To Samouroh. hehe. Nak taknak, aku terpaksa akui apa yg ko cakap. Kita lalai dengan masalah remeh sebegini. Sedangkan nasib umat Islam di seluruh dunia dalam keadaan huru hara dan tertindas. Tapi tula, selagi ISA tak diharamkan, aku takut, sesiapa yg cuba mewujudkan kumpulan/gerakan Islam akan dianggap pengganas. hmmm. Negara dan sistem kita masih lagi terjajah sebenarnya. :)

TokBatinSenoi said...

yang paling jelas, kita juga lalai memerhatikan 'kesenian evolusi pemikiran' manusia2, yang terbit dari 'SATU ARAH', YANG sentiasa berbuat sesuka hatiNYA

bersantai jer, fokuskan kepada KUN

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

re:
jawapan anda salah. pemenang telah dijumpai. hehehe

LuN said...

sokong sokong!
jgn bagi die pulang!
sokong kekna. hehehe

btw, mari kite berpacaran.
oops, salah, bertukar link.
okeh

kirana said...

Ehhh...tok batin senoi, ye ke citer tok nih? Bukan ape, Kirana ni mudah sesangat terpengaruh dan tertipu daya dgn citer2 merapu camni! Maklum le... Kirana sendiri pong suke merapu!

mano said...

luka lama berdarah kembali...

pauhputik said...

setuju je ngan pendapat dalam en3 nie.... pehal lak dia nak balik sini... kang x pasal2 terus arwah........

ubey said...

mmm.. siapa yg tahu perkara sebenar berdekad2 lepas. cuma wt masa ni. cinpeng x usah la masuk mesia. nti timbul isu2 sensitif, provokasi org lain. x pasal2 terus kene bunoh

Abgbent said...

Alamak, dah terlewat memberikan komen mengenai perkara ini?

Bagi abg senang jer. Hutang darah mesti dibayar dengan darah juga!

Tapi bukankah DIA amat Pengasih dan Penyayang? So, pilihlah luahan hati Anda kerana setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya dan pastilah untuk menguji kita semua.

Siapalah kita yang berhak menilai sejarah silam yang belum tentu pencerita sejarah itu seratus-peratus adalah benar. Mungkinkah apa yang diceritakan oleh sejarah itu hanyalah berat sebelah? Entahlah... Pastilah hanya DIA yang dapat menilainya.

Kalau nak tanya abg? senang jer, bawa saja si Chin Peng tu datang ke Malaysia, lepas itu, siapa-siapa yang nak membalas dendam ke atasnya, itu adalah hak-hak mereka yang sememangnya berhak untuk membalas dendam ke atasnya.

Jangan salahkan pula orang lain seandainya berlaku sebegitu rupa sebab dia sendiri yang nak kembali ke sini untuk merasai betapa peritnya hati insan yang dia telah lukai.

Hehheheeeee....

buaya said...

tak ku sangka Anwar Ibrahim terlalu taksub pada chin peng sampai nak bw ke negara ini..dia ingat ni Negara DAP kot nak buat sesuka hati dia..

Anonymous said...

Baiknya komunis?