Iklan

Saturday, July 25, 2009

Antara Babi dan Barbie - Comment from Samouroh

Link ke Samouruh blog clik

Antara Babi dan Barbie.
__________________________

Selayang pandang keduanya berbeza
Bagaikan kaca dengan permata

Si babi berbadan gemuk gedempol
Suaranya buruk menyondol-yondol
Cik barbie pula bertubuh ramping dengan senyuman tersimpul
Potongan badannya pula memang cap jempol


Si babi hidungnya penyek
Tiada berleher berkaki pendek
Selalu dicaci herdik
Cik barbie pula hidungnya bak seludang
Berleher jinjang berkaki panjang
Fewittt! Objek siulan si mata keranjang

Si babi jijik dipandang
Hidup berhimpit-himpit di kandang
Cik barbie pula dipeluk dan ditimang
Teman tidur intan ku sayang

Si babi lambang kotoran
Di jauhi apatah lagi dipegang
Cik barbie pula lambang hidup flamboyan
Idola hidup si anak girang

Si babi berwajah hodoh dan pandir
Nama melayunya sahaja telah disingkir
Baru-baru ini dipanggil khinzir
Cik barbie pula anggun mempersona
Namanya dimulia dan dipelihara
Oleh undang-undang hak cipta

Bagi si mata jeli
Kedua-duanya ada persamaan
Cuma perlu sedikit ketelitian

Si babi pembawa cacing yang tidak boleh dicerna
Menjadi perasit di dalam badan
Cik barbie pula pembawa kuman materialisme
Tonggak hidup kebendaan

Si babi induk virus selsema
Ancaman terkini dunia kesihatan
Cik barbie induk virus kapitalisme
Ancaman tersembunyi kepada kemanusian

Keduanya sama bahaya
Memudaratkan manusia
Hubaya-hubaya!

4 comments:

Werdah said...

lazimnya orang lebih takut sentuh babi dp si barbie yang bernyawa

IxoR@ said...

Siapa la yg kreatif...siap buat pantun cenggini. Kisah babi masih panasss.....

ayinn said...

ahaha,..
adehh2,..puisi yg kelas gitu,..

Al-Muary said...

salam,puisi ini ialah ciptaan sahabat ana antum semua boleh melayari blognya http://fikru1mustanir.wordpress.com