Actuly ni berita yang aku baru dapat. Kemungkinan besar UiTM induk di Shah Alam ditutup sementara waktu bagi mengelakkan penularan wabak selesema babi. Sebelum nie, 4 cawangan UiTM telah ditutup.
Kes ini dikesan semalam dan mulai merebak. Apapun tunggu keputusan petang nie.
Seronok ler staff dan student. Bleh bercuti sakan eh. Tapi sapa yg terkena tu la yg merana. Tp takpe, benda tu pun dah ada vaksin dah. Cuma yang tak berapa sedap, vaksin tu juga diperbuat dari babi. So, kepada pakar perubatan muslim, usahakanlah untuk mencari vaksin yang `halal`.
Update: Cuti pertengahan semester Sesi Julai-November secara rasmi dipinda ke tarikh baru iaitu bermula pada 27 Julai dan berakhir 2 Ogos 2009 (26 Julai hingga 1 Ogos bagi UiTM Kelantan, Terengganu dan Kedah). Tarikh baru ini berkuatkuasa bagi seluruh sistem UiTM kecuali UiTM Cawangan Melaka Kampus Lendu sahaja.
Untuk lebih info kat sini
6 comments:
hahahahahhahaha...aku dpt info pagi tadiii
betul ke?...jaga diri ok... :-)
seriously alang??? kesian UiTM aku tu...
dengar khabar gak...betul ke alang oiii ?
Antara Babi dan Barbie.
__________________________
Selayang pandang keduanya berbeza
Bagaikan kaca dengan permata
Si babi berbadan gemuk gedempol
Suaranya buruk menyondol-yondol
Cik barbie pula bertubuh ramping dengan senyuman tersimpul
Potongan badannya pula memang cap jempol
Si babi hidungnya penyek
Tiada berleher berkaki pendek
Selalu dicaci herdik
Cik barbie pula hidungnya bak seludang
Berleher jinjang berkaki panjang
Fewittt! Objek siulan si mata keranjang
Si babi jijik dipandang
Hidup berhimpit-himpit di kandang
Cik barbie pula dipeluk dan ditimang
Teman tidur intan ku sayang
Si babi lambang kotoran
Di jauhi apatah lagi dipegang
Cik barbie pula lambang hidup flamboyan
Idola hidup si anak girang
Si babi berwajah hodoh dan pandir
Nama melayunya sahaja telah disingkir
Baru-baru ini dipanggil khinzir
Cik barbie pula anggun mempersona
Namanya dimulia dan dipelihara
Oleh undang-undang hak cipta
Bagi si mata jeli
Kedua-duanya ada persamaan
Cuma perlu sedikit ketelitian
Si babi pembawa cacing yang tidak boleh dicerna
Menjadi perasit di dalam badan
Cik barbie pula pembawa kuman materialisme
Tonggak hidup kebendaan
Si babi induk virus selsema
Ancaman terkini dunia kesihatan
Cik barbie induk virus kapitalisme
Ancaman tersembunyi kepada kemanusian
Keduanya sama bahaya
Memudaratkan manusia
Hubaya-hubaya!
skunk mmg cuti. tp i think lecturer xcuti kot..
Post a Comment