Iklan
Friday, July 31, 2009
Relevankah ISA Dari Kaca Mata Aku
Secara jujurnya aku menentang akta ISA di Malaysia. Cuma, aku tak menentang seratus peratus. Terdapat kebaikan juga dalam akta ini.
Cuma di Malaysia akta ini disalahgunakan untuk menangkap musuh2 politik. Ada yg kata akta ini harus diharamkan atau dihapuskan. Biar semua perkara dibicarakan di Mahkamah. Tetapi perbicaraan di Mahkamah memerlukan bukti2 dan kebanyakan perbicaraan di Mahkamah di`manupulasikan` oleh peguam2 yg kaki belit. Haish. Serabut kan. Sekrang mari kita imbas kembali mengikut undang2 Islam. Bukankah undang2 Islam ada menyatakan bahawa sekiranya terdapat 4 saksi(yakni yg diyakini ilmu dan amalnya) maka seseorang itu jatuh hukum bersalah seperti zina. Jika saksi2 ini dirasuah untuk membuat tuduhan karut ( ustaz zaman skrang byk yg berlakon) maka akan berlakulah la kezaliman di sini. Begitu juga dengan undang ISA. Tanpa kita sedar, bukan hanya musuh politik ditahan di ISA, tetapi juga ketua2 samseng, penyamun dan sebagainya. Jika undang2 ini dihapuskan, maka bergagak gempitalah ketua2 penyamun dan samseng ini. ( Klau nak dakwa kat mahkamah, diorang boleh upah anak buah utk mengaku melakukan kesalahan mereka).
Menurut seorang rakan baik aku, pakcik beliau ditahan di ISA atas kesalahan menyeludup manusia. Nak dakwa kat mahkamah susah sebab takdak bukti. Maka untuk sesetengah kes, ISA masih relevan di MALAYSIA. Cuma kaedah dan perlaksanaan kurang. Maka aku menyokong ISA dipinda kepada kes2 jenayah dan kongsi gelap. Tetapi boleh kah ISA dipinda jika terdapat segolongan orang yg mempunyai kepentingan seperti politik yg meminda undang2 ini. Maka penyelesaian terbaik adalah ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja ( byk betul suruhanjaya diraja eh skrang nie) yg dianggotai oleh org bebas dan terkenal dengan kredibiliti untuk meminda undang2 ini.Aku malas nak melalut byk2. Salah ckp badan binasa beb.
Apapun semoga kalian yg menyertai perhimpunan samada yg menyokong dan membantah ISA selamat pergi dan pulang ya.
P/s Apasal ayah PIn tak kena sumbat dalam ISA je eh? Pening aku. Aku baca paper aritu, sorang pegawai agama ni ckp tengah sedia kertas nak dakwa ayah pin.Tup tup, aku dengar ayah pin tak ditangkap kerana tidak mengamcam keselamatan negara dah. Adehhh. Pening kepala aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
aku suka statement ko dan aku setuju.
ader pro n kontranya jika ISA di hapuskan...
kene kaji balik lah tp jgn di hapuskan
:-)
thanks alang...aku masih ok lagi...
if i ever need a shoulder to cry on...aku cari kau ya...
bukan ISA tu sesuatu yang menganiaya tahanan. Elok di kaji je bukan di hapuskan. Takda ISA takan VIP nk duduk dengan tahanan lain..masak r..hahahah
Islam sebagai sebuah deen (cara hidup) yang sempurna.. Agama Islam yang diturunkan oleh Allah ini mencakup segala perkara dan tidak ada satu pun yang tertinggal darinya.. Antara kaedah syarak yang masyhur di dalam bab penghakiman/keadilan Islam adalah “Al-Aslu bara’atu zimmah” yang bermaksud “seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah” (innocent until proven guilty).. Mengikut kaedah ini, oleh sebab hukum asal bagi seseorang itu adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya, maka seseorang itu tidak boleh dikenakan hukuman melainkan dengan keputusan mahkamah (setelah dibicarakan dan dibuktikan), dan seseorang itu tidak boleh sama sekali (secara mutlak) dihukum (punish) oleh mana-mana pihak selagi dia tidak disabitkan kesalahan [Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur, Fasal 13].
ISA itu haram Ya Akhi.Dalilnya:
Tidak boleh (haram) melaksanakan hukuman kepada si tertuduh sebelum disabit kesalahannya. Dalilnya adalah berdasarkan hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam “Seandainya aku boleh merejam seorang itu tanpa bukti nescaya aku akan merejamnya” [HR Muslim, Ahmad, Baihaqi dan Thabrani].Apapun biarlah perpekstif kezaliman itu dinilai dari sudut islam dan antum semua akan dapat lihat bahawa undang-undang dimalaysia ini kesemuanya adalah zalim kerana tidak mengambil nas drpd kitabullah. Smile
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45]
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah” [TMQ al-Ma’idah (5):50]
Thank samouruh for information. Yg penting bukan ISA je kan. Tetapi seluruh undang2 dan pentadbiran kita patut ditukar. Tu satu persoalan berat utk dibincangkan. Untuk melaksanakan hukum Allah, seluruh umat Islam di Malaysia harus bersatu padu. Jika hanya sebahagian, tak boleh jalan rasanya. Sama2 la kita berusaha mengikut cara kita sendiri. :D
x suka la komen pasal politik nih...selfish~~ tapi bagi aku ISA tu patut dikekalkan...sebagai rakyat biasa...aku x rasa ader sebarang kekangan pun...duduk diam-diam jer la...jgn la dok join demonstrasi yang mendatangkan kerugian pada orang lain...kalo hidup menyusahkan orang lain...bukan itu satu 'dosa' ker...sakit hati betul aku dengan demonstrasi baru-baru nih...dalam erti kata lain...jangan jadi bodoh dengan menggadaikan maruah MELAYU...memang patut ISA dikekalkan...sebab aper??? Sebab orang-orang macam ni la...menyusahkan masyarakat...MELAYU...please la...BERSATU kembali...
Salam AiNeRzA antara masirah dan muzaharah ada perbedaannya dan ada perbahasan yang terperinci berkenaan dengannya.
actually...dlm soal ni...aku setuju dgn kimi...perlu dipinda...bukan dihapuskan...
re: ada katalog kawin?...wonder apa ada kat dalam tu...
Post a Comment