Iklan

Wednesday, September 30, 2009

Tsunami alert for M'sia, Indonesia, India, Thailand

Gempa bumi berskala 7.7 Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada jam 6.16 petang menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi, lapor Bernama.

Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.

Agensi berita Reuters melaporkan gempa bumi itu berukuran 7.9 skala Richter dan amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Tsunami Pasifik.

6 comments:

Na Shari said...

Takut giler bila tiba-tiba rasa lantai bergegar tadi...

anazkia said...

Innalillahi... Sungguh terngiang tatkala orang bijak berkata, kita tengah di uji tiga perkara dalam masa ini. Virus H1N1, waktu yang cepat berlalu juga gempa bumi. Semoga Allah selalu melindungi kita semua. Insya Allah...

Kamu ada FB Lang?

Werdah said...

Salam Alang,

Dah banyak fitnah berlaku, termasuk ribut Ketsana yang melanda kepulauan Luzon, Filipina beberapa hari lalu serta di Vietnam dan tsunami di Samoa.. semua ni peringatan untuk kita..

kimisai said...

banyakkan amalan??
kan???
mintak di jauhkan segala bencana...amin....

LuN said...

meja goyan2 kt ofis. i tot kwn dok goyang. thn nmpak air dlm jag berombak2.
heheh

patungcendana said...

:-)