Iklan

Thursday, April 22, 2010

Air Percuma Sekadar Retorik Kerajaan Selangor

Sumber Malaysiakini

Quote:
"Air percuma untuk rumah pangsa S'gor"

Dan
"Beliau meminta semua penduduk di kediaman bertingkat yang masih menggunakan meter pukal supaya segera menukarnya kepada meter indvidu bagi menikmati bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan."

Aku bukan nk bercakap soal politik. Tapi aku just nk cakap isu semasa yg berkaitan dengan aku.
Aku duduk umah flat PKNS. Sampai skrang aku masih tak dapat air percuma yg 20m padu tu. Bukankah PKNS anak syarikat penuh KERAJAAN Selangor? Setelah sekian lama PKR memenangi pilihanraya, kenapa PKNS gagal menyediakan air percuma?

Wahai pemimpin2 kerajaan Selangor. Rumah flat PKNS majoritinya didiami oleh golongan pendapatan rendah. Sepatutnya mereka2 inilah yg harus diberi perhatian. Bukannya rumah2 golongan "berada" yg selesa menikmati pengurangan tersebut.


P/s Aku tak suka politik. Kerana politik membuatkan seseorang yg baik menjadi jahat. Seorang yg amanah menjadi buta, seorang yg bercakap benar, menipu orang ramai.

Tapi ada jugak yg aku terpaksa suka pasal politik.... Orang yg miskin menjadi Kaya. .Tetapi berapa ramai yg kaya dengan politik?

5 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kat selangor pkr dah buat yang terbaik tanya la kat kampung kampung

yang ada masalah kat rumah pangsa .. kena bincang ngan jmb

alang said...

jmb? apa tu? Aku bukan nk kutuk pkr or sapa2. Just dari zaman BN perintah sampai ke PKR, tempat aku takde apa2 effect pun. Aku cuma tuntut janji PKR yg nk bagi air percuma. Rumah flat aku dibawah selenggaraan PKNS.PKNS bawah kerajaan selangor. Kenapa tidak boleh disegerakan. Dah berapa tahun dah PKR pegang Selangor. PKR pun sama mcm Umno. Pandai tabur janji. Apa pun tak nampak. Sebab tu aku anti PKR.

P/s org2 PKR majoritinya mata duitan. Sama mcm Umno. sebab tu senang kena beli.

Aku cuma percaya dekat PAS dan DAP saja.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

jmb tu... macam dia orang buat persatuan penduduk dan pengurus rumah pangsa ... tapi biasanya jmb ni pun tak buat kerja .. kapitalis juga..

gua faham alang.. gua bukan sebelah pkr cuma sekarang je gua rasa dia ok sikit bebanding bn

* jmb ni baru je alang.. ditubuhkan pemaju asalnya untuk lepas tangan cuba googel untuk info .. aku pun bukan faham sangat

alang said...

hehe. Ok bro. Aku pun tak suka sgt nak berbicara tentang politik nie. Tapi sekadar bertukar pendapat ok je. :)

alang said...

Thak for d info