Hampir 3 tahun aku membiarkan blog ini terasing. Tak terusik dengan sebarang catitan,ulasan, pandangan mahupun amukan amarah pada sesuatu. Ramai rakan-rakan blogger seangkatan sekitar 2009-2010 sudah tidak aktif menulis. Ada jua dua tiga sahabat blogger yang aku mendapat khabar telah kembali ke Maha Pencipta,
Sungguh 3 tahun ini telah mengubah pandangan aku, telah mengubah persepsi aku terhadap qada dan qadar. Aku pernah marah kenapa result zaman belajar aku teruk. Kenapa aku tak dapat sambung belajar ke luar negara seperti rakan-rakan lain. Extend belajar zaman diploma dan degree. Demam denggi sehingga ditahan ward sehingga lebih dua minggu. Kenapa itu dan kenapa ini. Sesungguhnya kita merancang tetapi Allah sebaik-baiknya perancang.
Alhamdulillah, walaupun hanya 1 A dalam SPM, walaupun hanya dapat belajar di universiti kerajaan yang ramai org pandang hina. Quantity tetapi tiada quality yakni UiTM. Tidak dapat masuk ke bidang oil and gas - yang ramai rakan-rakan seangkatan hidup mewah suatu ketika dahulu. Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat sekarang. Kadang-kadang terasa aku tidak layak mendapat apa yg patut aku dapat. Terlalu byk dosa aku terhadapNya. Lalai dalam menjalankan kewajipan kepadaNya.
Kini, walaupun isteri dan anakku jauh di utara, Alhamdulillah aku bahagia.
Kini walaupun aku belajar di Universiti Awam, aku berkerja di sebuah syarikat antarabangsa bersama-sama rakan-rakan yang lulusan Universiti luar negara dan menjawat jawatan yang agak penting di syarikat.
Apapun kepada rakan-rakan seangkatan, semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik disamping keluarga. InsyaAllah ada masa mungkin kita boleh berborak di luar alam maya.
Sekian, Wassalam.