Iklan

Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Saturday, July 3, 2010

Company Bumiputera?

Semalam, sorang budak praktikal kat tempat aku dah abis praktikal. So, Tgh ari tu Bos blanja makan dulu. ALhamdulillah. Murah rezeki aku. ( Tapi gaji esok baru dapat. Hampeh tul. ).

Petang tu, budak tu datang tanya aku, mcm mana nk buat recommendation letter. Aku tolong la draft n then suruh dia tunjuk kat Project manager. Tanya pendapat dia. PM tu ckp, buat dalam Melayu je. Takyah BI. Lagipun company kita kan, bumiputera sepenuhnya. (Sambil tersenyum penuh makna.)

Muahaha. Ceh. Nama je bumiputera, tapi yg ada kuasa, yg pegang duit, yg bagi arahan semua bukan bumiputera.

P/s Aku tak kisah pun bumiputera ke apa. As long kebajikan pekerja dia jaga. Ok la. Ni, kebajikan mcm hampeh. Nama je company besaq.

Adehhh.

Saturday, April 17, 2010

Achik Spin meninggal dunia.

Achik Spin telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS pada jam 7 malam tadi (17 April 2010). Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya. Arwah tersepit di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta.

Al-Fatihah untuk Allahyarham.


sumber: Ohartis

Thursday, March 18, 2010

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair atau dalam bahasa melayunya, Aku akan pergi ke Pesta Jalanan Deodorant Gatsby. Eh betul ke tak.. hehe.

Actuly, apabila sebut tentang Gatsby, pasti ramai akan terbayang rambut 'pacak' sebab minyak rambut gel Gatsby. tapi selain dari minyak rambut, Gatsby juga mengeluarkan perlbagai produk antaranya termasuk Deodorant.

Gatsby Deodorant akan menganjurkan pesta jalanan. Berikut antara maklumat berkaitan;

1. Berlangsung pada 17 April 2010, bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang di ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur
2. Pelbagai jenis permainan menarik dianjurkan antaranya; semudah membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!! ( Aku sebenarnya tertanya2 gak, Gusti sumo dalam beg udara ni mcm mana eh. Mesti kelakar gila la expecially utk org yg berbadan kecil tapi memakai pakaian udara yg kembung. hehe. )
3. Jgn risau pasal hadiah, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elektronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!.... Bukan senang beb nk dapat hadiah2 menarik mcm nie.
4. Untuk ke Deodorant Street Fair di Times Square ni, senang je. Byk pengangkutan awam yg boleh digunakan. Jika kawasan anda berhampiran dengan mana2 stesen komuter, Naik sehingga KL Sentral. Kemudian naik monorail ke Plaza Imbi. Time Square plaza hanya di sebelah anda. Selain itu anda juga boleh menggunakan perkhidmatan bas yg cukup banyak pergi ke Times Square dan kawasan sekitarnya. tetapi pastikan anda menaiki bas yg betul ya. ;) p/s Klau dah taktahu sgt dan tinggal berjauhan dari KL, just naik mana2 pengankutan hingga ke kawasan KL berhampiran Plaza Pudu atau CM, kemudian anda boleh tanya pada orang2 disekitar macam mana nk ke Times Square. InsyaAllah tak sesat.


Selain itu, untuk memenangi dua keping tiket jemputan ke Gatsby Deodorant Street Fair, anda boleh mencuba nasib untuk bermain 5 jenis permainan menarik di laman web www.gatsby.com.my/streetfair . Antara game yg aku suka main Basketball shooting. ;)



Amacam, tinggi tak score aku. hehe.

Tunggu apa lagi, jom la kita beramai2 pergi ke Gatsby Deodorant Fair nanti. Jumpa kat sana ya. ;)

Untuk maklumat lanjut tentang Gatsby dan event yg akan dilancarkan ini, sila lawati website rasmi Gatsby www.gatsby.com.my/streetfair

Tuesday, March 9, 2010

Oh Ibu 1

Yg biasa kita dengar;

Anakku,
biar kita miskin harta,
Asalkan kita kaya budi pekerti.

Yg tak ingin kita dengar;

Ibuku,
Biar kita miskin budi pekerti,
Asalkan kita kaya harta.

Ibu tanya kenapa?

Ibu try bawak budi pekerti pi pasar malam. Ibu tgk barang apa ibu boleh beli. Kena cemuh ada laa.

Friday, March 5, 2010

Tahukah Anda ?

Antara Kereta, Komputer dan Video Game,

Komputer merupakan antara alatan yg memerlukan penjagaan/servis paling kerap.....

Aku rasa, semua orang akan format PC/notebook at least setahun skali.

P/s Klau yg tak format tu pun myb sebab dia jarang guna or dia memang tak reti guna sampaikan komputer mcm siput pun dia kata ok.;)

Saturday, February 20, 2010

Minyak Engine / pelincir Kenderaan Anda Tiruan?

Rampasan Minyak Pelincir, Minyak Gear,Minyak Brek - Semuanya Tiruan‏.

Aku dapat info nie dari email. Ni antara kandungan email tu;

Note: Email nie lengkap dengan gambar, atas sebab menjaga hak intelek tuan punya gambar, aku tak letak, tapi kepada sesiapa yg nk, aku hanya send melalui email je. ;)

diQUOTE dari email:

Rampasan Minyak Pelincir, Minyak Gear,Minyak Brek - Semuanya Tiruan
Labels: Jenayah, Pengguna

Bt 17
Jalan Rawang
Selangor
5 Feb 2010

Syabas kepada anggota polis dari IPD Gombak, kerana pada asalnya, serbuan dilakukan untuk kes lain, tetapi akhirnya menemui yang lebih besar.

Tangkapan dilakukan di dalam kilang ini bagi kes berkaitan dengan dadah, tetapi anggota polis merasa curiga barangan di dalam kilang lalu menghubungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Gombak untuk kepastian.

Dan siasatan dilakukan bersama peguam dari sebuah syarikat minyak tersohor dan mengesahkan, semua barangan di dalam kilang di Batu 17 Jalan Rawang ini adalah barangan tiruan.

Ketika saya tiba di kawasan kilang ini, anggota penguatkuasa KPDNKK sedang melakukan siasatan dan pengiraan bfrangan yang dirampas.

Namun, ada satu halangan untuk saya membuat liputan apabila seorang lelaki (dari firma guaman) yang mewakili sebuah syarikat minyak, menghampiri saya.

Lelaki itu -"U siapa?"

Saya - "Kenapa? Ada apa masalah?"

Lalu saya menunjukkan tag nama saya.

Lelaki itu - "U tidak boleh ambil gambar. Company kita tak benarkan."

Saya sebenarnya dah mengagak kejadian begini akan berlaku kerana telah banyak kali mengalaminya.

Lelaki itu - " Tolong jangan ambil gambar. Ini policy kami, kami tidak mahu customer lari, sales kami jatuh sebab u kasi keluar ini kes."

Saya - "Maaf, saya tak boleh ikut kata u, sebab ini hal pengguna. Masalah customer lari, bukan masalah saya, saya mewakili pengguna. U ingat saya tak kena marah dengan orangramai, sebab buat berita, tapi tak mau tunjuk apa barangnya. Lebih baik saya balik?"

Lelaki itu kemudian membuat beberapa panggilan telefon, tak taulah apa yang diadukannya.

Lelaki itu - " Kita boleh kautim. U ambik gambar, tapi ini produk u kasi tutup nama. Berapa, 500 bole(RM)?

Saya - " Sori, u mau bayar saya satu juta pun, saya tak mau."

KPDNKK -" Macam inilah.U jangan ganggu dia ok? Apa-apa hal, u cakap dengan kita punya bos. Timbalan Pengarah on the way. Dia buat dia punya kerja, u buat u punya kerja. Ini hal pengguna, kena tipu.

Sebenarnya, saya dah terfikir untuk SMS rakan di SPRM untuk buat sesuatu, tapi hold dulu, kerana mungkin dia bergurau mengenai tawaran itu. Tapi jika dia cuba ulangi lagi, rasanya dah lain jadinya berita ini...
Kilang haram ini dipercayai telah beroperasi kira-kira setahun lalu.

Pekerjanya hanya seorang - lelaki yang ditangkap polis bersabit kes nakortik.

Dialah yang membuka, mengunci kilang, mengisi, mengepam, membungkus minyak, melekat label.
Itu dakwaan dia, yang menurutnya, tauke hanya datang sekali-sekala memberikan arahan.

Beribu-ribu liter minyak pelincir pelbagai kelikatan yang diisi di dalam berbagai tong dan tangki ditemui.

Tidak cukup di dalam, minyak juga ada di luar bangunan, dan ada pula 2 stor menyimpan barangan seperti botol.

Tuirut ditemui beribu-ribu botol kosong, kotak, penutup botol,pelekat/label pelbagai jenama minyak pelincir, dari yang murah sehinggalah yang berharga ratusan ringgit sebotol.

Dan ianya kemudian diisi mengikut formula yang telah ditetapkan ke dalam botol-botol pelbagai jenama minyak pelincir di negara ini.

Ada minyak pelincir, minyak brek, minyak gearbox dan macam-macam minyak lagi termasuk yang dikeluarkan Proton.

Tiada apa bezanya pembungkusan/botol dengan yang asli - semuanya sama (hampir sama?), kecuali yang membezakannya ialah mungkin kelikatan/warna minyak di dalam botol itu.

Dan ianya hanya mungkin diketahui tiruan setelah pengguna menggunakannya, di mana mungkin cepat mengalami kerosakan pada enjin atau enjin tidak berkuasa seperti yang didakwa pengeluar.

Menurut Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Selangor, Zakaria Tamby Chik, siasatan awal pihaknya mendapati minyak ini diedarkan ke seluruh negara.

Beribu-ribu bengkel seluruh negara dipercayai menggunakan minyak ini kerana harganya yang murah dari harga sebenar.

Rampasan ini bernilai kira-kira setengah juta ringgit.

Kelemahan pihak pengeluar asal ialah, mereka mungkin tiada ciri keselamatan atau seperti hologram untuk mengelakkan pengguna tertipu membelinya.

Itulah sebabnya mungkin arahan diberikan kepada pihak guaman supaya media tidak dibenarkan menyiarkan apakah produk yang ditiru.

Jadi, jika anda menghantar kereta anda untuk diservis ke bengkel, sebaiknya anda beli sendiri minyak yang dijual di stesyen minyak kemudian baru beri pada mekanik.

Tidak dinafikan, memang ada bengkel tidak mengetahui minyak yang dijual kepada pelanggan adalah tiruan, tetapi kebanyakannya MEMANG mengetahui ia adalah tiruan...

Jadi, adakah benar, saya melakukan kesalahan menyiarkan entry/berita sebegini semata-mata sebagai peringatan kepada kita semua?

Dan juga, mungkin anda telah mendapat sedikit gambaran bagaimana wartawan juga menghadapi risiko untuk disaman jika menyiarkan sesuatu tanpa asas yang kukuh

Friday, November 13, 2009

Star Wars. Lagenda Filem Sains Fiksyen.




Tahukah anda,

Star Wars mula ditayangkan pada tahun 1977.

Merupakan salah satu antara filem sains fiksyen terhebat pada zaman tersebut.

Berlainan dengan filem sequel biasa, Star Wars memasuki panggung dengan Episode 4, 5, 6 dan kemudian 1, 2 dan 3.

Apabila ditanya kepada pengarah, kenapa tidak episode 1 memasuki panggung mengikut urutan, Menurut beliau, teknologi masih tidak bagus untuk membuat filem seperti yg beliau inginkan.

Anda boleh bayangkan betapa pemikiran beliau melangkaui zaman...

Selepas George Lucas mengarah episod 4 ( Yg pertama) , episode 5 by Irvin Kreshner dan Episode 6 by Richard Marquand. Tapi story ditulis oleh Lucas sendiri.

Selepas 16 tahun, Lucas kembali dengan mengarah 3 sequel iaitu 1, 2, dan 3.


Apapun, Salute sama brader Lucas sebab dapat buat citer yg best mcm nie.

P/s entree ni ditulis selpas aku baru selesai melayan ke enam citer star wars. Hehe.