Iklan

Showing posts with label TIKL. Show all posts
Showing posts with label TIKL. Show all posts

Friday, November 6, 2009

Ustaz naik hantu Di Sek Men Teknik Cheras TIKL

Ketika membaca Harian Metro hari nie, aku melayang terbayang kembali ketika detik2 awal aku menjejakkan kaki ke sekolah teknik cheras yg lebih mesra dikenali dengan nama TIKL. 7, 8 tahun telah berlalu. Rasa mcm baru setahun aku meninggalkan alam persekolan. Byk peristiwa suka duka aku alami.

Antara kenangan terawal yg tidak dapat dilupakan ketika menjejakkan kaki ke Tikl adalah perkataan PAFA. Ketika kelas hampir tamat, aku menghampiri Ustaz aku(Ustaz Jusoh) untuk bertanya ada ke tak kelas PAFA petang tu. So dengan selambanya aku bertanya, "Ustad, PAFE ada tak petang nie". Berderai ketawa di kalangan rakan2 yang baru dikenali. Dengan sinis Ustaz membalas; " Saya tahu la kamu nak cakap KL, Tapi jgn la sebut PAFA jadi PAFE.". Aku membalas, " Abistu, sejak saya sampai sini, semua yang ada 'A' belakang tukar jadi 'E'. Saya pun sebut la PAFE. Salah ke Ustaz?". Ustaz dengan tersenyum membalas " Nama Khas tak boleh tukar huruf 'A' dkt belakang jadi 'E'. Paham?"

Malam tu pukul 8, terus aku call mama aku di kampung. " Mak, apit takmau sekolah kat KL dah. Apit nak skolah kat Kedah. Tak kira apapun". Mak aku hanya terkedu. Kemudian gagang bertukar ke tangan Ayahanda aku. " Awat ang nak tukaq skolah". Aku ; " Tak syok sekolah kat sini". Ayahanda membalas; " Syok ka, tak syok ka, ang duduk sana jugak.Paham!". Gagang telepone dihempas dan hanya bunyi tuttttttttt yg kedengaran. Aku kecewa. Aku terpaksa pasrah sambil merenung liku dan ranjau yg aku terpaksa tempuh 2 tahun disini......

Tamat Imbas kembali.

Dalam berita Metro harinie, aku terbaca artikel berkaitan Ustaz naik hantu di TIKL. Ustaz mana Allahualam. Telah lama rasanya aku tidak menjejakkan kaki ke TIKL. Mungkin Ustaz baru atau mungkin juga Ustaz Jusuh yg aku kenali dulu. Klau Ustaz Jusuh yg aku kenali dahulu, sebut saja nama beliau, pasti bergetar penghuni asrama TIKL. Burung2 sanggup berhenti berkicau jika kedengaran tapak kaki beliau melangkah ke Asrama Lelaki. berapa ramai kawan2 aku menjadi mangsa belasahan beliau. Ditumbuk, diterajang telah menjadi asam garam penghuni asrama yg melakukan kesalahan.

Tetapi, beliau pukul bersebab. Klau lah betul beliau yang memukul budak tu, aku berani katakan BUDAK tu yg SALAH. Dalam artikel berita tersebut telah menyatakan budak itu dipanggil ustaz tetapi dengan alasan ustaz berdiam diri. Dia berlalu pegi. Tak kurang ajar ke tu? Pukul sampai berdarah tu, aku taknak komen lebih2. Mungkin secara kebetulan dipukul di tempat yg tak sepatutnya. Apapun aku berdoa, jika benar Ustaz Jusuh yg terlibat Aku doakan semoga beliau dilepaskan dan tidak diambil tindakan. Kepada budak2 TIKL skrang, kini kamu mungkin marah, benci dan geram kepada beliau. Tapi suatu hari nanti, ketika kamu sudah sebaya dengan aku, Kamu pasti akan berterima kasih kepada Beliau.

Terima Kasih Ustaz Jusuh kerana mendidik saya sehingga menjadi Diri saya sekrang.